"Life Is Tough, But You Are Tougher" - Kanser Payudara Shannen Doherty Kembali - Glam Malaysia

“Life Is Tough, But You Are Tougher” – Kanser Payudara Shannen Doherty Kembali

Shannen Doherty yang terkenal dengan siri Baverly Hills 90210 dan Charmed mendedahkan bahawa kanser payudaranya telah kembali. Ketika dalam satu temu bual dengan ABC News yang disiarkan menerusi Good Morning America, Shannen berkata kondisinya kini berada di peringkat keempat, sambil berkata “it’s a bitter pill to swallow in a lot of ways.”

Shannen dikesan menghadapi kanser payudara sekitar awal bulan Mac 2015 dan telah menjalani beberapa pemeriksaan dan kimoterapi dan pernah menjalani rawatan untuk cuba mengecutkan ketumbuhan namun belum mengeluarkannya, malah pernah membotakkan kepalanya demi rawatan yang dijalaninya. Namun, Shannen dilihat sentiasa kuat dan positif menghadapi dugaan berat ini malah tidak segan berkongsi penderitaanya bersama peminat.

Jelas Shannen, “Saya menghargai setiap detik yang saya ada dan saya akan terus makan, bersenam dengan betul dan kekal positif mengenai kehidupan saya. Saya berterima kasih kepada keluarga, rakan dan doktor atas sokongan serta peminat. Kanser ini benar-benar membuatkan saya menghargai kehidupan.”

See also
Tiga Rupawan Berkongsi Manifestasi Fitness Addict Dalam Menjalani Gaya Hidup Sihat

Teman rapat Shannen iaitu pelakon Sarah Michelle Geller turut menitipkan kata-kata semangat di Instagramnya berbunyi, “Life Is Tough, But You Are Tougher.” Sarah dan Shannen mula bersahabat baik selepas membintangi siri Baverly Hills 90210 bersama-sama.