Sareng, Himpunan Karya Seni Minimalis - Glam Malaysia
Sareng, Himpunan Karya Seni Minimalis

Sareng, Himpunan Karya Seni Minimalis

Memadukan estetika moden dan minimalis, Galeri Seni SARENG mengetengahkan karya seni kontemporari buat tatapan pemuja seni lokal.

SARENG diasaskan dari respons juga penghargaan rakyat Malaysia terhadap lapangan seni serta bagi individu yang mengumpul karya seni minimalis.

pengarang gaya hidup ZUHAIRIE SAHROM foto SARENG

Sareng, Himpunan Karya Seni Minimalis

Mengambil lokasi di pusat bandaraya Kuala Lumpur, SARENG yakni sebuah galeri seni kontemporari baharu telah membuka gerbang pintunya kepada umum. Galeri seni ini diasaskan dari respons juga penghargaan rakyat Malaysia terhadap lapangan seni bagi individu yang mengumpul karya seni minimalis. Terpahat sama kehadiran artis baharu yang kian bercambah.

Sareng Himpunan Karya Seni Minimalis

Pengasas SARENG, Chong Wei-Hsiang dan Syukur Ali menggalas usaha bersama dan keduanya hadir dari latar belakang yang berbeza. Di mana, Syukur berpunya pengalaman selama 12 tahun dalam pasaran seni Malaysia. Manakala Wei-Hsiang pula dari sisi kerjaya yang memerankan kewajipan dalam lapangan Perhubungan Awam, Penjenamaan serta Pemasaran.

Sareng, Himpunan Karya Seni Minimalis

Dengan keluasan ruangan sebesar 4,100 kaki persegi, galeri ini dibahagikan kepada dua kawasan dengan ruang legar masuk menuju ke ruang salon intim di sebelah kiri; dan galeri utamanya yang besar di sebelah kanan. Berpunya lembaran jendela dari lantai ke siling terbentang di sepanjang sisi salon, menghadirkan panorama latar langit pusat bandar KL yang indah.

See also
Melissa Joan Hart Dedah Dirinya Positif Covid-19 Selepas Lengkap Dos Vaksin

Sareng, Himpunan Karya Seni Minimalis

Galeri ini berkemampuan untuk memaparkan sehingga 30 buah karya seni. Di mana, ia memperlihatkan jurang bayangan yang direka di antara dinding dan lantai simen bagi mencipta ruang bermadukan estetika moden dan minimalis. Pemilihan serta susun atur perabot terpilih daripada Vitra, Herman Miller dan pereka terkenal lainnya diletakkan di seberang galeri. Bertujuan untuk menawarkan persekitaran ideal dalam membentangkan karya seni kontemporari ini saat dipamerkan.

Siri Logami, Kreasi Amirul Yazid

Siri Logami, air tangan Amirul Yazid mempamerkan himpunan seni yang meneroka keupayaan satu medium. Di mana, menampilkan arca dinding diperbuat daripada gabungan cat minyak dan cat industrial pada keluli lembut yang terlihat bak lembaran kertas. Tajuknya juga adalah mainan kata antara logam dan kami, menterjemahkan kepada keluli dan kertas dalam Bahasa Malaysia dan Jepun. Amirul mengolahkan karya seninya yang berukuran 183cm x 182cm dalam empat panel; mendakap aspirasi dari halaman buku latihan sekolah nan ikonik.

Pautan berkaitan: 4 Set Hidangan Mewah Terbaik 2022