Teknologi Pintar Penyedut Hampagas - Glam Malaysia

Teknologi Pintar Penyedut Hampagas

Kediaman yang indah bukan hanya perlu cantik, aspek kebersihan perlu dititikberatkan untuk memastikan penampilan keseluruhan ruang kelihatan lebih sempurna. Habuk, debu dan hama adalah cabaran yang dihadapi untuk memastikan ruang kekal bersih selain kesihatan terpelihara.

 

 

 

Ikon utama dalam inovasi penghasilan gajet premium, Dyson memperkenalkan  Dyson V11™ Absolute+ baru selepas versi terdahulu V10. Dengan suntikan teknologi terkini, jenama Dyson sememangnya terkenal dalam mencipta solusi rekaan terbaik sesuai gaya hidup serba moden. Teknologi terbaru ini dipertingkatkan dengan kuasa sedutan maksimum untuk lebih bersih dan jimat tenaga.

 

 

 

 

Dyson V11 ™ Absolute+ direka bentuk untuk membersih dengan lebih cekap sama ada pada permukaan lantai mahupun permaidani. Aplikasi Dynamic Load Sensor (DLS™) secara automatik mengubah kelajuan motor pada pelbagai permukaan dengan mengesan dan memaksimumkan penggunaan kuasa di mana sahaja. Kini ia lebih efektif dan pantas membersih dengan kekuatan yang lebih padu. Putaran sedutan menjangkau 125,000 rpm memberikan kuasa sedutan lebih tinggi  selain kebebasan melakukan kerja tanpa terikat pada wayar (wireless). Ia turut menghasilkan 20% lebih kuasa sedutan berbanding model Dyson V10 ™.

See also
Wajarkah Hadir Kaunseling Pra Perkahwinan?

 

 

 

 

Untuk Dyson V11 ™ Absolute+ terbaru ini, ciri-ciri tambahan yang signifikan melalui paparan LCD terbina dalam menunjukkan prestasi dan tempoh masa penggunaan, mod kuasa (Eco, Auto, Boost), serta laporan penyelenggaraan penapis. Dengan kecekapan kuasa bateri yang lebih efektif, Dyson V11 ™ Absolute+ boleh digunakan lebih daripada 60 minit masa pembersihan dengan sensor yang mengukur kapasiti dan penggunaan bateri.