Big Bang e FIFA World Cup Qatar 2022™ - Glam Malaysia
HUBLOT BIG BANG e FIFA WORLD CUP QATAR 2022™ 01

Big Bang e FIFA World Cup Qatar 2022™

Tampil dengan skrin berdefinisi tinggi yang lebih lebar, Big Bang e FIFA World Cup Qatar 2022™ mengimbangi setiap detik gemilang Piala Dunia FIFA edisi yang ke-22.

Buat edisi ke-4 berturut-turut, Hublot berbesar hati menjadi Penjaga Masa Rasmi Piala Dunia FIFA 2022™. Demikian, jam tangan pintar Gen3, yakni Big Bang e FIFA World Cup Qatar 2022™ hadir serba inovatif kreasi Hublot yang kini meniti tiap detik buat Piala Dunia FIFA 2022™.

HUBLOT BIG BANG e FIFA WORLD CUP QATAR 2022™ 02

Jam tangan Pintar Big Bang e FIFA World Cup Qatar 2022™ bertalikan Edisi Terhad kreasi Mira Mikati.

Bakal mencatatkan kesemua 64 perlawanan di Piala Dunia FIFA Qatar 2022™, ini termasuk perlawanan akhir di Stadium Lusail di Doha pada 18 Disember nanti. Justeru itu, seramai 129 pengadil rasmi bakal mengatur masa permainan menerusi jam tangan pintar baharunya Big Bang e FIFA World Cup Qatar 2022™.

HUBLOT BIG BANG e FIFA WORLD CUP QATAR 2022™ 03

Kylian Mbappé memakai jam tangan pintar Big Bang e FIFA World Cup Qatar 2022™ Generasi ke-3 buat kempen Hublot Loves Football.

Merupakan jam tangan terhubung Gen3 dalam koleksi Hublot, sekali gus merupakan edisi yang berprestasi tinggi dan terhebat setakat ini. Memaparkan skrin definisi tinggi yang lebih besar lalu dipertingkatkan, setiap detik gemilang permainan ini akan dirakam oleh aplikasi bola sepak khusus yang didedikasikan dengan reka bentuk baharu.

See also
Sejenak - Pilihan Perhiasan Atas Talian

Pautan berkaitan: Jennifer Lawrence; Sang Epitome Keanggunan