Hot Hours - Glam Malaysia
Hot Hours 01

Hot Hours

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

MINGGU ARLOJI LVMH HADIR BUAT EDISI YANG KETIGA PADA HUJUNG JANUARI LALU. BERLANGSUNG SELAMA LIMA HARI SECARA VIRTUAL; EMPAT MAISON TERKEMUKANYA — BULGARI, HUBLOT, TAG HEUER DAN ZENITH MENCERMINKAN IDENTITI TERSENDIRI DAN SENI KETUKANGAN SAVOIR-FAIRE NAN UNIK.

PENGARANG ARLOJI ZUHAIRIE SAHROM GRAFIK AMIRUL ARIFIN

Hot Hours 02

Serpenti Misteriosi High Jewellery secret watch, emas merah 18K, 40 mm — Bvlgari

Mempersembahkan karya agungnya dalam memadukan seni ketukangan barang kemas dan arloji yang menakjubkan, Bvlgari menciptakan pergerakan mikro terkini yang dinamai Piccolissimo. Sempena minggu arloji LVMH ini, Bvlgari memperkenalkan empat arloji Serpenti Misteriosi High Jewellery Secret Watches baharu yang meninjau semula reka bentuk ikonik dari tahun 1950-an. Lantas, memberi penghormatan kepada ulang tahun ke-80 jam tangan Secret Watch pertama yang menampilkan dail segi empat tepat bertatahkan berlian potongan brilliant dan potongan baguette pada penutupnya. Kesemua jam tangan ini dikuasakan kaliber BVL 100 Piccolissimo berdiameter 12.30 mm dengan ketebalan 2.50 mm. Susuk rekaanya pula diperbuat sama ada dari emas putih atau merah dengan rincian batu permata yang pelbagai.

See also
Kehangatan Boy.Friend