4 Arloji Pilihan GLAM: Rumusan Dari LVMH Watch Week 2023
4 Arloji Pilihan GLAM, Rumusan Dari LVMH Watch Week 2023 01

4 Arloji Pilihan GLAM: Rumusan Dari LVMH Watch Week 2023

Diselenggarakan di Singapura, pembentangan LVMH Watch Week 2023 arloji edisi keempat mempamerkan pelbagai kebaharuan yang melampaui nilai ketukangan barisan novelty terdahulu.

Di saat kesibukan perayaan tahun baru masih diraikan, dunia jam tangan sekali lagi mengalihkan perhatiannya ke kota Singa. Bermula dari 10 sehingga 12 Januari lalu di penggal pertama tahun ini, edisi keempat Minggu Arloji LVMH 2023 atau LVMH Watch Week 2023 memulakan rencana pertama industri bagi tahun ini.

Sepanjang acara yang berlangsung selama tiga hari itu, barisan jenama yang bernaung dibawah kumpulan LVMH; yakni TAG Heuer, Zenith, Hublot dan Bulgari tampil membentangkan ciptaan baharu mereka yang muncul begitu inovatif.

4 Arloji Pilihan GLAM: Rumusan LVMH Watch Week 2023

Frédéric Arnault, Ketua Pegawai Eksekutif TAG Heuer yang muda lagi dinamik memperkenalkan kronograf Carrera dan Monza baharu, kedua-duanya diperoleh daripada penglibatan bersejarah jenama itu dalam arena perlumbaan permotoran.

Kevin Pietersen with specialist Wildlife guide -KNP at sunset

Kevin Pietersen bersama pakar panduan Hidupan Liar memakai Big Bang Unico SORAI baharu.

See also
GLAM Deko Elemen - Ilham Flora Oriental

Hublot pula terus bermain dengan kepelbagaian warna, material dan inovasi teknikal dengan Big Bang Automatic Tourbillon dalam rona Neon Yellow SAXEM yang mencuri tumpuan ramai. Begitu juga kehadiran Big Bang Unico SORAI baharu mencerminkan tumpuan mereka terhadap tanggungjawab sosial.

Dilihat sama Zenith yang mendakap ilham arlojinya dari glasier kepada Skyline dengan dua keluaran model Defy baharu. Disamping itu, memperkenalkan saiz terkini bagi Defy Skyline dari 41mm kepada 36mm, juga tersedia dalam tiga warna baharu.

Demikian, kreasi jam tangan dari rumah arloji ilham jauhari Bulgari untuk tahun ini pula rata-ratanya dihiasi butiran batu permata. Daripada berlian, nilam, delima beralih kepada peridot, tanzanite dan citrine. Ini kerana tahun terdahulu Bulgari fokus kepada penciptaan gerakan horologi yang spektakuler, termasuk ciptaan Octo Finissimo Ultra yang merupakan jam tangan ternipis di dunia pada masa ia dikeluarkan.

Arloji ilham jauhari Serpenti Misteriosi High Jewellery yang dipertontonkan tahun lalu oleh Bulgari.

Seperkara lagi, perkenalan jam tangan ilham jauhari Serpenti yang menyanjung tinggi ketukangan perhiasan tertinggi yang dilitupi seni enamel dan batu permata bagi menterjemahkan rincian sisik kulit reptilia itu bagi meraikan ulang tahun ke-75 koleksinya.

See also
John Legend & Chrissy Teigen Beli Kediaman Baru Dengan Floating Garden

Ayuh kenali 4 ciptaan baharu yang mencuri perhatian GLAM saat ia dibentangkan di kota Singa yang lalu!

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

#1 TAG Heuer Carrera Chronograph Edisi Ulang Tahun ke-60

Terhad kepada 600 unit, TAG Heuer Carrera Chronograph ulang tahun ke-60 merupakan tafsiran semula yang berbakti kepada Heuer Carrera 2447 SN. Sekali gus, menjadi pembuka tirai buat meraikan ulang tahun ke-60 ciptaan Jack Heuer yang abadi.

Diiktiraf di seluruh dunia kerana berpunya profil klasik, elegan, dail yang mudah dibaca serta kejuruteraan yang boleh dipercayai sepenuhnya. Disempurna dengan mendakap konsep jam tangan bergaya ‘panda’ dengan latar belakang laman dial berkemasan sunray perak serta subdail hitam yang kontras; jam tampil berukuran 39mm diameter (kira-kira 3mm lebih besar daripada pendahulunya).