Keadaan Terkini Bruce Willis Selepas Didiagnos Menghidap Afasia - Glam Malaysia
Keadaan Terkini Bruce Willis Selepas Didiagnos Menghidap Afasia

Keadaan Terkini Bruce Willis Selepas Didiagnos Menghidap Afasia

Hampir setahun bergelut dengan afasia, Bruce Willis akhirnya mendapat diagnos spesifik mengenai penyakit yang dideritainya.

Ahli keluarga Bruce mendedahkan dalam satu kenyataan baru-baru ini bahawa pelakon berusia 67 tahun itu disahkan menghidap demensia frontotemporal (FTD).

Demensia adalah sindrom (biasanya bersifat kronik atau progresif) di mana terdapat kemerosotan dalam fungsi kognitif iaitu keupayaan untuk memproses pemikiran. Demensia frontotemporal menjejaskan bahagian otak yang mengawal personaliti, tingkah laku dan percakapan.

Bruce Willis

Foto: Getty Images

Bagaimanapun menurut ahli keluarganya, mereka kini lega kerana Bruce telah mendapat pengesahan perubatan yang tepat.

“Kesukaran berkomunikasi adalah satu-satunya simptom dialaminya. Walaupun menyakitkan, namun kami lega kerana akhirnya mendapat tahu penyakit sebenar yang dihidapi.

“FTD adalah penyakit kejam yang tidak diketahui ramai dan boleh menyerang sesiapa sahaja. Bagi mereka berusia bawah 60 tahun, ia merupakan bentuk demensia paling biasa. Memandangkan FTD mengambil masa bertahun-tahun untuk didiagnos, ia mungkin jauh lebih berleluasa daripada yang kita ketahui.

See also
Penampilan Pertama Ana De Armas Sebagai Marilyn Monroe Dalam Blonde

“Buat masa sekarang tiada rawatan untuk penyakit ini, satu realiti yang kami harap akan berubah pada tahun-tahun akan datang,” tulis kenyataan itu yang ditandatangi oleh bekas isterinya Demi Moore, isterinya Emma Heming, dan lima anak perempuannya – Scout, Rumer, Tallulah, Mabel dan Evelyn.

Bruce Willis

Foto: Instagram

Mac tahun lalu Bruce disahkan menghidap afasia, masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaan seseorang untuk bercakap, menulis dan mentafsir bahasa secara vokal mahupun bertulis. Ia biasanya berlaku selepas diserang strok atau gegaran otak.

“Kepada semua penyokong setia, sebagai keluarga kami ingin berkongsi bahawa Bruce telah lama berdepan dengan masalah kesihatan dan baru-baru ini didiagnos dengan afasia yang memberi kesan terhadap keupayaan kognitifnya,” tulis keluarganya dalam satu kenyataan.

Disebabkan itu, dia terpaksa bersara daripada kerjaya lakonan yang amat bermakna buat dirinya sejak empat dekad lalu. Ketika didiagnos, dia masih mempunyai beberapa filem pada tahap pasca produksi termasuk Vendetta, Fortress: Sniper’s Eyes dan filem bajet rendah, White Elephant.

Bruce Willis

Foto: Instagram

 

See also
5 Pelakon Yang Tidak Lagi Menjadi Teraju Utama Dalam Filem Hollywood

Foto: Getty Images

Baca: Kerana Afasia, Perjalanan Seni Bruce Willis Berakhir