Will Smith Memohon Maaf Di Oscar 2022 - Glam Malaysia
Anugerah

Will Smith Memohon Maaf Di Oscar 2022

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kerana menampar Chris Rock, Will Smith emosi kala memberi ucapan di penerimaan Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.

Will Smith adalah pemenang Oscar bagi Pelakon Lelaki Terbaik bagi tahun ini. Sebelum penerimaan anugerah tersebut, terdapat sedikit kontroversi di Anugerah Oscar ke-94, pelakon yang berusia 53 tahun ini membawa pulang trofi Pelakon Terbaik untuk peranannya sebagai Richard Williams, bapa kepada Venus dan Serena Williams, dalam King Richard.

Oscar 2022

Foto: Gettyimages

Sebelum penerimaan anugerah beliau, berlakunya insiden yang mengejutkan ramai pihak di mana dia menumbuk penyampai Chris Rock di atas pentas kerana membuat jenaka tentang isterinya, Jada Pinkett Smith.

Kejadian asalnya disebabkan Chris Rock sebelum ini membuat jenaka tentang Jada Pinkett Smith berada dalam “G.I. Jane” kerana kepalanya yang dicukur. Baran Smith memukul Rock di muka, beliau menjerit dari tempat duduknya kepada Chris Rock, “Jauhkan nama isteri saya daripada mulut sialan awak!”

Penonton Oscar, penonton di media sosial, termasuk selebriti-selebriti terkenal terkejut dengan tamparan Smith, yang kelihatan seperti drama komedi pada mulanya.

See also
Ekstrak Ginseng Rahsia Kulit Tegang