Elyna Effendi

Elyna Effendi & Casmad Sanuri

Oleh: Aizat Aidid
 
Cinta itu satu perasaan yang tidak mungkin dapat diungkapkan, hanya perasaan yang menjadi pelengkap rahsia hati. Lantas GLAM menjemput pasangan terhangat kota untuk merungkai apa sebenarnya rahsia mereka dalam hidup pasangan suami isteri.
 
Elyna Effendi
 
Wanita ini cukup sarat dengan resume hebat belaka seperti menjadi orang penting dalam produksi rancangan realiti televisyen Miss Universe 2013 serta menguruskan restoran Waroeng Iga bersama suami tercinta, Camad Sanuri. Elyna Effendi, ibu kepada dua cahaya mata ini memilih selebriti Jay-Z dan Beyonce Knowles sebagai pasangan kegemarannya kerana tiada gosip yang melampau menghantui dua penyanyi hebat ini. “Mereka berdua mempunyai bakat yang hebat dan rasa hormat yang cukup tinggi sesama sendiri,” ujar Elyna.
 
Apakah definisi cinta?
Cinta adalah satu perkara yang tidak mudah untuk dirungkaikan kerana ia terjadi secara semula jadi, without even trying. Bagi saya, melihat suami tercinta menghabiskan masa bersama anak-anak serta mendapat ciuman dan pelukan erat adalah perasaan yang cukup indah. Cinta juga adalah tentang kebaikan naluri, kepercayaan dan rasa hormat.
 
Perfect evening look buat suami?
Sejujurnya, saya rasa suami nampak sempurna dalam apa juga yang disarungnya. Susah untuk meletakkan gaya yang mana paling sempurna untuknya. Namun, jika dia dalam sepasang kemeja yang punya potongan sempurna dan seluar denim ditambah tali pinggang serta kasut, he looks so incredibly handsome.
 
Hadiah paling indah pemberian si dia?
Anak-anak adalah satu pemberian yang paling sempurna.
 
Apa yang paling seksi tentang Casmad?
Semua tentang Casmad! Namun, jika perlu pilih, saya rasakan lengan Casmad adalah bahagian badan yang paling seksi. Kerana lengannya kuat, supportive dan sungguh selesa.
 
Nasihat terbaik oleh Casmad?
Jika tidak ketemu Casmad, saya mungkin punya banyak hubungan cinta yang tidak saya kecapi sekarang. Casmad memberi saya banyak nasihat tentang kekeluargaan. Seperti menghormati ibu bapa biarpun apa sahaja pilihan dan keputusan yang diambil oleh ibu bapa yang kadang kala saya tidak setuju. Kita hanya ada seorang ibu dan seorang bapa, itu yang sering diingatkan Casmad. Dek kerana itu kami mahu menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak.
 
Casmad Sanuri
 
Siapa tidak kenal dengan Casmad Sanuri, boleh diletakkan sebagai salah seorang jejaka paling tampan serantau. Dia menghabiskan masa mudanya dengan melewati pentas peragaan dan memberi pose terbaik di hadapan lensa kamera fesyen kerana tugasan sebagai peragawan paling hangat di Jakarta. Bibit pertama bertemu isteri tercinta, Elyana Effendi di kota London dan kini istana cinta terbina sejak mendirikan rumah tangga pada 2004. Siapa pula pasangan selebriti pilihan Casmad? ” Pasangan Beckham. Saya melihat David dan Victoria mempunyai sinergi yang cukup baik dan cinta antara mereka jelas terasa,” kongsi bekas peragawan yang pernah menguruskan butik Tenc di Pavilion.
 
Cinta adalah?
Ia bukan sahaja tentang perasaan malah ia juga berkaitan dengan tindakan yang kita ambil. Jika anda cintakan seseorang, maka anda perlu layan si dia dengan rasa cinta dan menghormatinya. Cinta berlaku apabila kamu ada untuk si dia. Cinta juga adalah tentang rasa hormat, compassion, communication, support and comfort.
 
Gaya glamor yang sempurna buat Elyna?
Saya suka melihat Elyna dalam persalinan yang ringkas, elegan dan masih punya aura seksi.
 
Hadiah paling bermakna?
Beberapa tahun lepas, Elyna menganjurkan parti hari jadi saya di Jakarta. Dia berjaya membawa semua teman rapat saya untuk parti hari jadi saya. Elyna tahu yang teman rapat saya seakan keluarga buat saya. Melihat semua teman rapat di Jakarta untuk meraikan hari jadi saya sungguh bermakna sekali.
 
Susuk Elyna yang paling seksi?
Terlalu banyak! Jika harus memilih, saya sukakan kaki dan bibirnya. Elyna juga mempunyai senyuman yang cukup menawan.
 
Nasihat oleh Elyna yang sentiasa diingati?
Dia adalah wanita yang cukup bijak, saya belajar banyak benda daripada Elyna. Kami sering berkongsi idea tentang kerja dan bagaimana cara terbaik dalam membesarkan anak-anak.
 
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi Februari 2014
 
 

See also
NYFW: Yuna dan Sheena Liam Di Barisan Hadapan Pentas Coach