Gisele Bündchen Turun Takhta Sebagai Model Paling Kaya

Kendall Jenner Mengalahkan Gisele Bündchen Sebagai Highest Paid Model Di Dunia

1 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

Saban tahun Forbes mengeluarkan senarai model dengan bayaran tertinggi di dunia dan setiap tahun juga model veteran Gisele Bündchen pasti akan memegang tempat pertama untuk kategori ini. Namun kini nampaknya model generasi baru dan antara peneraju Instagram It-Girls Kendall Jenner telah merampas takhta tersebut daripada Gisele.

 

Perkara ini sudah dijangkakan sejak Gisele bersara daripada dunia peragaan pada tahun 2015. Kendall yang sudah mempunyai kontrak bersama beberapa jenama besar seperti La Perla, Adidas Originals, dan Estée Lauder juga pernah melibatkan diri dengan kempen untuk Fendi dan Alexander Wang. Tidak dilupakan juga jenama Kendall + Kylie  yang dibina bersama adiknya. Tahun ini sahaja Kendall sudah menghiasi muka hadapan untuk 14 buah majalah serata dunia.

 

Anggaran yang dibuat oleh Forbes tentant pendapatan Kendall untuk sepanjang tahun ini adalah sebanyak $22 juta menerusi kontrak eksklusif, kempen, dan bayaran daripada rancangan Keeping Up With The Kardashian. Selain Kendall, Gigi dan Bella Hadid juga berjaya memasuki senarai tersebut dan tidak lupa juga Ashley Graham yang merupakan model berbadan besar pertama yang tersenarai. 

 

See also
"Hari ini perempuan boleh berdiri sebaris dengan lelaki." - Muhaini Mahmud

GLAM senaraikan 10 top model dengan bayaran tertinggi di dunia yang dijumlahkan sebanyak $109.5 juta. Klik seterusnya.