Sejenak bersama Silvia Venturini Fendi - Glam Malaysia

Sejenak bersama Silvia Venturini Fendi

Silvia Venturini Fendi_1982
 
Ikuti temubual serta fakta menarik mengenai Fendi fur bersama Silvia Venturini Fendi. Juga arkib pilihan lakaran pereka tersohor Karl Lagerfeld.
 
Memori pertama anda mengenai fur?
Ketika di zaman kanak-kanak, habis sahaja waktu persekolahan sudah semestinya saya akan melawat ibu saya dan kakaknya di Fendi Atelier. Keseronokkan tercipta apabila melihat mereka bergabung tenaga dan idea bersama setiap artisan yang sentiasa menitiberatkan setiap perician dengan penuh teliti. Malah, ungkapan terima kasih tidak terhingga kepada mereka hingga kini Fendi masih gagah dalam menempah nama di persada fesyen.
 
Makna fur bagi anda?
Bagi saya, ianya suatu helaian yang amat unik kerana apabila anda memilikinya pasti berkekalan lama serta tidak akan pernah diulit sebarang kerosakan. Namun, segelintir pendapat saya fur merupakan sentuhan paling berseni.
 
Terangkan dalam empat perkataan mengenai Fendi Fur?
Inovasi dan eksperimentasi, hasil pembuatan tangan, Haute Fourrure serta kreativiti.
 
Apabila bercerita mengenainya, apa yang membuatkan Fendi Fur unik?
Tidak perlu dipertikaikan akan pembuatan fabrik bulu ini kerana ia sudahpun tercipta pada 1925. Malah, ia merupakan dna utama yang diusahakan dari setiap generasi hampir lebih 10 tahun. Warisan Fendi yang unik nan kreatif mampu menghasilkan rekaan lebih ekstravaganza seperti visi Karl Lagerfeld dalam mencipta ekspresi maksima savoir faire. Hanya Fendi mempunyai Fur Atelier.
 
Bagaimana Fendi mengekalkan rekaan yang berkonsepkan kontemporari dan timeless?
Hasil pembuatan bermutu tinggi dan bereksperimentasi adalah nilai utama Fendi dalam menghasilkan fabrik bulu, gabungan teknik inovatif masih kekal terlaksana hingga ke hari ini. Seperti contoh, saya masih lagi memakai cape daripada koleksi musim luruh 1978-1979 yang menggunakan teknik tegole yang disuntik dalam koleksi terkini Fendi.
 
Teknik paling menarik dan istimewa yang pernah digunakan oleh Fendi sepanjang pembabitan dalam fabrik Fur?
Sudah tentu Gold Molecular Fusion koleksi musim luruh 2008-2009 kerana menggunakan teknik yang amat futuristik dan inovatif apabila meletakkan molekul emas 24 karat. ianya mencetus sejarah tersendiri.
 
5 Fendi sisters and Karl Lagerfeld
 
Adakah anda menganggap kehadiran Karl Lagerfeld mengubah persepsi Fendi Fur?
Dia mengganggap Fendi Fur adalah simbolik utama sebagai persalinan normal. Malah, dia turut menggubah fabrik lining dalaman fur dan ditukar menjadikan persalinan ringan dan menakjubkan.
 
01_Astuccio Sketch_70's
 
KL Sketch_ INFLATABLE FUR-78-79
 
KL Sketch_FW13-14
 
 

See also
Trend Tas Tangan Setiap IT Girl Perlu Miliki