Sembang Raya Bersama Fara Alia

Sembang Raya Bersama Fara Alia

Fara AliaFara Alia, Pengasas Bersama Qippy Photography.

 
Apa persiapan menjelang Lebaran?
Saya bukanlah jenis yang suka merancang, lebih selesa membuatnya perlahan-lahan. Kadang kala ada yang kerja dibuat pada saat-saat akhir. Baju juga ditempah lewat. Dalam hal bergaya, saya suka padu padankan helaian yang dibeli bersama dengan apa yang ada dalam gerobok fesyen saya. Lebih selesa membeli baju yang sudah siap ada di laman sesawang. Pada hari pertama Syawal pula, selalunya akan sarungkan aksesori barang kemas pemberian ibu dan ibu mertua.
 
Kongsi tip bergaya anda tatkala beraya?
Dalam hal helaian raya, saya suka padu padankan ceraian yang mempunyai palet rona yang sama. Atau, jika mahu lebih berani saya pilih percikan rona yang berbeza-beza yang bakal disarungkan oleh suami serta anak. Pada pandangan saya, tidak perlu menyarungkan ton rona yang sama, ia nampak bosan. Padu padan yang berbeza-beza memberikan biasan yang lebih elok kerana saya sendiri tidak gemarkan gaya yang sama. Kasut pilihan saya pula adalah yang senang disarungkan.
 
Kenangan Hari Raya yang masih tersemat di hati?
Pernah seketika dahulu, trend kain pareo cukup popular lantas saya juga memilih untuk menggayakan kain sarung pada hari raya. Tapi, ikatan kain tidak kuat dan semakin lama ia menjadi semakin longgar. Ketika mahu keluar daripada kereta, ia jatuh terus saya cepat-cepat menariknya ke atas pinggang dan ikat kembali. Pada saat itu, saya berharap tiada sesiapa yang melihat dan mungkin sudah tidak mahu lagi menyarungkan kain pareo.
 
Koleksi Lebaran daripada jenama lokal pilihan anda?
Sekarang saya sedang gilakan himpunan daripada Alia Bastamam serta Nurita Harith. Koleksi mereka ini cukup dekat dengan hati kerana ia membiaskan rasa yang sangat feminin. Selain itu, ia memberikan gaya yang cukup elegan dan chic. Saya juga terpesona dengan himpunan busana Raya oleh Rizalman Ibrahim. Namun, saya berpegang pada kata-kata fesyen ini “Fashion can be bought. Style one must possess”.
 
 

See also
Gambar Beraya 2017 Selebriti Tempatan