Perkembangan terbaru?
Sedang sibuk dengan RACK, iaitu jenama pakaian Kila sendiri yang turut mengeluarkan koleksi lebaran. Alhamdulillah permintaan yang sangat memberangsangkan, lantas pengeluaran peringkat kedua diteruskan. Kila juga sering menghadiri meeting bersama Sony Music dan sedang dalam proses pemilihan single terbaru yang berkonsepkan balada dan R&B.
Persiapan menjelang lebaran?
Saya dan keluarga hanya membuat persiapan secara ringkas sahaja. Baju juga dibeli pada saat akhir dan tiada tema ditetapkan. Tahun ini kami beraya di Kuala Lumpur, persiapan hanya ala kadar sahaja.
Kuih tradisional wajib ada?
Semestinya biskut suji! Keluarga Kila juga selalu membuat kek kukus.
Bakal muncul di televisyen Aidilfitri ini?
Semestinya! Tunggukan kemunculan Kila di kaca tv anda.