Terapi Energi Wajah Kembalikan Kesegaran Kulit - Glam Malaysia

Terapi Energi Wajah Kembalikan Kesegaran Kulit

Energy Firming Therapy adalah rawatan wajah terkini yang mengembalikan kesegaran kulit dalam masa 85 minit!

Apabila kulit tidak bermaya, tidak bersinar pasti buat mood tidak terkawal. Lebih-lebih lagi jika anda sibuk dengan pekerjaan hingga tiada masa untuk memanjakan diri! Ditambah pula dengan gangguan sinar UV dan pencemaran buat permukaan kulit wajah berada dalam keadaan rapuh. Amalan diet tidak sihat turut menyumbang sehingga menghilangkan sebahagian besar tenaga sekitar wajah. Ini akan mengakibatkan kulit baru susah untuk melalui kitaran sempurna. Jika berkaitan dengan usia, pengeluaran kolagen semula jadi  kita akan berkurangan sebanyak 1% setiap tahun dari usia 20-an. Ini membawa kesan kepada hilangnya keanjalan kulit wajah, tekstur makin tidak sekata, munculnya garis halus dan kedutan makin kelihatan. Untuk merawati masalah ini, Jenama kecantikan wajah dan badan terkenal, AsterSpring hadir dengan tawaran rawatan wajah terkini iaitu Energy Firming Therapy.

Rawatan wajah ini sangat istimewa kerana ia bukan sahaja memberi kesegaran serta-merta malah mengembalikan keanjalan kulit wajah paling diidami setiap wanita. Saya sendiri terpanggil untuk melalui pengalaman untuk Energy Firming Therapy. Rawatan ini memanfaatkan kuasa teknologi dalam memberikan hasil yang terbaik dengan cara yang selamat, tidak invasif dan berkesan.  Keunikan rawatan ini adalah dengan menggunakan dua mesin dalam satu terapi iaitu LPG Endermologie dan LDM. Kedua-dua mesin ini punya sinergi luar biasa ini aktif dengan bahan-bahan yang kaya dengan kolagen dan mengukuhkan keanjalan kulit wajah.

See also
Maretinol Oil Kurangkan Masalah Kedutan Halus

Artikel berkaitan Kecapi Kompleksi Wajah Cerah Lagi Bercahaya

LPG Endermologie iaitu teknologi anti-penuaan yang menepati piawaian perubatan dari Perancis ini dilakukan secara lembut dengan menggunakan teknik Mecano-Stimulation di sekitar bawah mata. Rawatan ini mengembalikan tenaga wajah, penggalak utama kolagen wajah serta memadamkan garis halus dan kedutan pada wajah. LDM pula dapat meningkatkan peredaran darah, meningkatkan tahap oksigen sel  dan aliran tenaga limfa. Malah, turut merangsangkan fibroblast dalam lapisan dermis dan tingkatkan lagi penyerapan Marine Collagen Sheets. Hadirnya kolagen ini dapat melembapkan kulit wajah dengan segera.

Bukan sahaja wajah menjadi tumpuan utama, sekitar mata juga dititikberatkan. Penggunaan Tri-Action Eye Mask dapat meningkatkan penghidratan, mengurangkan bengkak dan mencerahkan lingkaran hitam bawah mata. Sebelum berakhirnya sesi rawatan selama 85 minit, wajah dimanjakan bersama Hydra Sooting Bio Cellulose Mask, kaya dengan ekstrak kaviar, Ginkgo Biloba dan Wasabi. Kulit wajah akan lebih terhidrat secara optimum. Selepas sebulan saya melalui rawatan wajah Energy Firming Therapy, kulit tidak bermaya saya kini lebih anjal, wajah bersinar dan tiada lagi kesan garis-garis halus sekeliling mata.

See also
GLAM Reviu: Manfaat Detoks Wajah Perlu Anda Tahu

Kunjungi ke pusat kecantikan AsterSpring  termasuklah AsterSpring Signature Centres hari ini dengan segera untuk mencuba rawatan Energy Firming Therapy dengan harga RM568 dan layari www.asterspring.com untuk maklumat lanjut.