Fesyen Berpasangan Terbaik Di Golden Globes 2024 - Glam Malaysia
Fesyen Berpasangan Terbaik Di Golden Globes 2024

Fesyen Berpasangan Terbaik Di Golden Globes 2024

Golden Globes ke-81 yang berlangsung pada 8 Januari di Beverly Hilton, Los Angeles meriah dengan kehadiran para selebriti dan jemputan ternama.

Anugerah berprestij ini memberi penghormatan kepada persembahan filem dan rancangan televisyen terbaik sepanjang tahun 2023. Acara paling mencuri perhatian tentunya kemunculan ikonik bintang Hollywood di karpet merah.

Golden Globes tahun ini menyaksikan selebriti hadir dalam persalinan memukau mata daripada pereka ternama. Taylor Swift, Jennifer Lopez dan Emma Stone kelihatan anggun dalam gaun feminin menawan. Barisan selebriti lelaki yang tampil segak termasuk Jared Leto, Timothee Chalamet dan Barry Keoghan.

Lihat pula gaya pasangan selebriti yang mencuri perhatian di Golden Globes 2024

 

Margot Robbie dan Tom Ackerley saling tak tumpah seperti Barbie dan Ken! Aktres ini menyarung gaun merah jambu sarat labuci rekaan Armani Prive manakala suaminya memilih sut serba hitam.

Golden Globes 2024

 

Emily Blunt menggayakan gaun separa jarang rekaan Alexander McQueen. John Krasinski pula tampil berani dalam jaket sut merah yang dipadankan bersama celana merah kundang dan tali leher kupu-kupu hitam.

See also
Thierry Mugler Dan Kisah Fesyennya Paling Ikonik

Golden Globes

 

Heidi Klum dan Tom Kaulitz tampil monokrom di karpet merah Golden Globes. Hos dan supermodel itu menggayakan gaun kembang rona merah terang daripada Sophie Couture. Suaminya yang juga pemain gitar kumpulan Tokio Hotel segak dalam sut hitam dari hujung rambut ke kaki.

 

Robert Downey Jr yang membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Pembantu Terbaik Filem memilih sut rona plum, sedondon dengan gaun berkilauan isterinya, Susan.

Golden Globes 2024

 

Pasangan pengantin baru ini memukau di karpet merah Golden Globes. Billy Crudup segak dalam sut rona hitam manakala Naomi Watts berseri-seri dalam gaun glamor rona perak.

 

Jennifer Lopez tidak pernah kalah bergaya. Aktres dan penyanyi ini tampil mempesona dalam gaun duyung merah jambu Nicole + Felicia Couture bersama mantel perincian flora. Seperti kebiasaan, Ben Affleck memilih tuksedo klasik rona hitam.

Jennifer Lopez talks in circles when asked if 4th marriage to Ben Affleck will stick

 

Keanggunan Carey Mulligan terserlah dalam gaun hitam bersama sentuhan rona perak dengan perincian manik. Suaminya, Marcus Mumford yang juga penyanyi memilih sut rona sedondon.

See also
The Knott Satchel, Idaman Baharu Wanita

Golden Globes 2024

 

Foto: Getty Images

Baca: 10 Gaya Karpet Merah Selebriti Terbaik Pada 2023