10 Filem Terbaik Christopher Nolan Termasuk Oppenheimer - Glam Malaysia
10 Filem Terbaik Christopher Nolan Termasuk Oppenheimer

10 Filem Terbaik Christopher Nolan Termasuk Oppenheimer

Naskah terbaru arahan Christopher Nolan, Oppenheimer mendominasi pentas Golden Globes 2024 dengan lima kemenangan.

Buat julung kalinya Nolan membawa pulang trofi Golden Globes pertamanya menerusi kategori pengarah dan filem terbaik. Aktor Cillian Murphy memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik manakala Robert Downey Jr meraih pelakon pembantu terbaik. Muzik filem terbaik milik Ludwig Goransson.

Oppenheimer melakar kejayaan luar biasa di layar perak dengan kutipan seluruh dunia sebanyak RM4.42 bilion. Bagaimanapun ia bukanlah satu-satunya filem Nolan yang meraih pujian hebat daripada pengkritik dan penonton.

Lihat barisan filem terbaik Christopher Nolan menurut Rotten Tomatoes

 

10. Interstellar (2014)

Skor Rotten Tomatoes: 73%

Dibintangi oleh: Matthew McConaughey, Anne Hathaway, Jessica Chastain, Matt Damon

Interstellar

Sinopsis: Apabila Bumi dijangka tidak boleh didiami pada masa hadapan, seorang petani dan bekas juruterbang NASA, Joseph Cooper ditugaskan memandu kapal angkasa untuk mencari planet baru buat manusia.

 

9. The Prestige (2006)

Skor Rotten Tomatoes: 77%

See also
Hidangan Mewah Sempena Valentine's Day

Dibintangi oleh: Hugh Jackman, Christian Bale, Michael Caine, Scarlett Johansson

The Prestige

Sinopsis: Dua ahli silap mata yang merupakan rakan baik menjadi musuh ketat selepas berlakunya satu tragedi. Dalam berdepan persaingan, mereka melakukan pengorbanan demi meraih kemasyuhuran. Malangnya ia hadir bersama natijah mengerikan.

 

8. Batman Begins (2005)

Skor Rotten Tomatoes: 85%

Dibintangi oleh: Christian Bale, Cillian Murphy, Liam Neeson, Katie Holmes

Batman Begins

Sinopsis: Selepas menyaksikan sendiri kematian ibu bapanya, Bruce mempelajari seni mempertahankan diri untuk menentang kezaliman. Saat kembali ke Gotham City sebagai Batman, dia memutuskan untuk menghalang satu kumpulan rahsia daripada memusnahkan bandar itu.

 

7. Inception (2010)

Skor Rotten Tomatoes: 87%

Dibintangi oleh: Leonardo DiCaprio, Joseph Gordon-Levitt, Tom Hardy, Cillian Murphy

Inception

Sinopsis: Cobb mencuri maklumat daripada individu sasarannya dengan memasuki mimpi mereka. Dia dikehendaki atas dakwaan membunuh isterinya. Satu-satunya peluang untuk menyelamatkan diri adalah dengan melaksanakan satu tugas yang agak mustahil.

 

6. The Dark Knight Rises (2012)

Skor Rotten Tomatoes: 87%

See also
“Allah Tahu Apa Terbaik Untuk Kita” - Perkongsian Mizz Nina Mengundang Sebak

Dibintangi oleh: Christian Bale, Anne Hathaway, Michael Caine, Joseph Gordon-Levitt

The Dark Knight Rises

Sinopsis: Seorang pengganas, Bane menyerang Gotham City dan mengancam keamanan di bandar itu. Ini memaksa Bruce Wayne keluar daripada persembunyian dan menyarung topeng Batman sekali lagi.

 

5. Insomnia (2002)

Skor Rotten Tomatoes: 92%

Dibintangi oleh: Al Pacino, Robin Williams, Hilary Swank

Insomnia

Sinopsis: Seorang detektif, Will Dormer dihantar ke sebuah perkampungan nelayan kecil untuk menyiasat pembunuhan seorang remaja. Malangnya dia tertembak rakan sekerja dan mengalami insomnia sejak itu disebabkan perasaan bersalah.

 

4. Dunkirk (2017)

Skor Rotten Tomatoes: 92%

Dibintangi oleh: Harry Styles, Fionn Whitehead, Cillian Murphy, Tom Hardy

Dunkirk

Sinopsis: Semasa Perang Dunia Kedua, tentera dari Empayar British, Belgium dan Perancis melakukan percubaan berhijrah dari bandar Dunkirk kala melalui pertempuran sukar dengan tentera Jerman.

 

3. Oppenheimer (2023)

Skor Rotten Tomatoes: 93%

Dibintangi oleh: Cillian Murphy, Emily Blunt, Robert Downey Jr, Florence Pugh

Sinopsis: Leftenan Jeneral Leslie Groves Jr melantik ahli fizik J Robert Oppenheimer untuk mengusahakan satu rancangan rahsia, Projek Manhattan sewaktu Perang Dunia Kedua. Oppenheimer dan pasukan saintis menghabiskan masa bertahun-tahun membangun dan mereka bentuk bom atom. Usaha mereka membuahkan hasil pada 16 Julai 1945 dengan pelancaran bom nuklear pertama di dunia.

See also
5 Filem Hebat Lakonan Christian Bale

 

2. Memento (2000)

Skor Rotten Tomatoes: 94%

Dibintangi oleh: Guy Pearce, Carrie-Anne Moss, Joe Pantoliano, Jorja Fox

Memento

Sinopsis: Penyiasat insurans, Leonard Shelby mengalami amnesia anterograde dan menggunakan nota serta tatu untuk memburu lelaki yang disangka membunuh isterinya.

 

1. The Dark Knight (2008)

Skor Rotten Tomatoes: 94%

Dibintangi oleh: Christian Bale, Michael Caine, Heath Ledger, Morgan Freeman

The Dark Knight

Sinopsis: Batman mempunyai musuh baru, Joker, yang bersungguh-sungguh mahu memusnahkan Gotham City. Bersama Gordon dan Harvey Dent, Batman nekad menggagalkan rancangan Joker sebelum terlambat.

 

Foto: The Independant

Baca: 5 Filem Terbaik Dian Sastrowardoyo, Bintang Gadis Kretek