10 Filem Seram Korea Untuk Anda Tonton Hujung Minggu Ini - Glam Malaysia
10 Filem Seram Korea Untuk Anda Tonton Hujung Minggu Ini

10 Filem Seram Korea Untuk Anda Tonton Hujung Minggu Ini

Filem bergenre romantis sentiasa berjaya menarik perhatian penonton. Namun filem seram juga tidak kurang hebatnya terutama dari Korea Selatan.

Tidak dinafikan filem seram semakin diminati di Malaysia kerana ia membawa kita mengembara ke dunia yang tidak semua orang ‘berpeluang’ terokai dan alami sendiri.

Glam bariskan filem seram Korea terbaik yang boleh membuatkan anda tidak tidur malam!

 

Train To Busan (2016)

Dibintangi Oleh: Gong Yoo, Jung Yu Mi, Ma Dong Seok, Su An

Skor IMDb: 7.6/10

Filem ini merupakan antara filem seram terbaik arahan Sang Ho Yeon. Ia berkisar tentang perjuangan hidup penumpang kereta api dari Busan dari Seoul di tengah-tengah penyebaran virus zombi.

The Call (2020)

Dibintangi Oleh: Park Shin Hye, Jeon Jong Seo, Kim Sung Ryung, Lee El

Skor IMDb: 7.1/10

Sebuah karya agung daripada sutradara Chung Hyun Lee. Ia mengisahkan tentang panggilan telefon yang menghubungkan Seo Yeon dan Young Sook dari garis masa berbeza, sekali gus mengubah takdir mereka.

See also
#MostGLAM2018 Melalui Lensa Surealisme

The Host (2006)

Dibintangi Oleh: Song Kang Ho, Byun Hee Bong, Park Hae Il, Bae Doona

Skor IMDb: 7.1/10

Filem seram berunsur sains fiksyen arahan Bong Joon Ho ini berkisar tentang seekor raksasa yang muncul dari Sungai Han Seoul dan menyerang manusia. Filem ini menampilkan plot menarik terutama apabila keluarga mangsa cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan ahli keluarga mereka.

A Tale Of Two Sisters (2003)

Dibintangi Oleh: Lim Soo jung, Yum Jung Ah, Kim Kap Su, Moon Geun Young

Skor IMDb: 7.1/10

Sebuah lagi filem seram dengan elemen misteri. Diarahkan oleh Jee Woon Kim, ia memaparkan kisah berlatarkan sebuah hospital mental, di mana dua beradik kembali bersatu. Bagaimanapun pengakhiran kisah mereka tidak semudah itu.

Thirst (2009)

Dibintangi Oleh: Song Kang Ho, Kim Ok Bin, Hee Jin Choi, Seo Dong Soo

Skor IMDb: 7.1/10

Diarahkan oleh Park Chan Wook, filem ini memaparkan plot yang membingungkan di mana eksperimen perubatan yang gagal membawa kepada vampirisme. Tonton untuk melihat sendiri bagaimana kehidupan protagonis berubah.

See also
5 Makanan Baik Untuk Tingkatkan Nafsu Seks

The Quiet Family (1998)

Dibintangi Oleh: Di Hwan Park, Moon hee Na, Song Kang ho, Choi Min Sik

Skor IMDb: 7/10

Filem jenayah komedi arahan Jee Woon Kim ini berlatarkan sebuah rumah penginapan gunung yang baru dibuka. Plotnya berubah apabila tetamu pertama mereka membunuh diri, membawa kepada beberapa peristiwa di mana tetamu lain menghadapi nasib yang mengerikan.

Hansel and Gretel (2007)

Dibintangi Oleh: Jeong Myeong Cheon, Eun Won Jae, Shim Eun Kyung, Ji Hee Jin

Skor IMDb: 6.7/10

Fantasi seram ini diarahkan oleh Pil Sung Yim mengenai seorang gadis misteri dan bagaimana dia terperangkap dalam sebuah rumah indah selepas dijemput masuk oleh seorang jurujual.

Gonjiam: Haunted Asylum (2018)

Dibintangi Oleh: Wi Ha Joon, Yoo Je Yoon, Seung Wook Lee, Ye Won Mun

Skor IMDb: 6.4/10

Diarahkan oleh Jung Bum Shik, filem ini memaparkan kisah menakutkan berlatar hospital psikiatri terbiar. Beberapa kru web seram menyiarkan pengalaman mereka di lokasi berkenaan secara langsung tanpa mengetahui ia bakal menjadi mimpi ngeri.

See also
Marc Anthony Timang Cahaya Mata Ketujuh

Into The Mirror (2003)

Dibintangi Oleh: Yoo Ji Tae, Myung Min Kim, Hye Na Kim, Ju Bong Gi

Skor IMDb: 6.4/10

Filem seram ini memaparkan kisah seorang bekas polis yang kini bekerja sebagai pengawal keselamatan di pusat beli-belah. Dia cuba membongkar rahsia di sebalik siri kematian misteri yang dikaitkan dengan cermin.

The Piper (2015)

Dibintangi Oleh: Zach Aguilar, Woo Hee Chun, Rebecca Davis, Dorah Fine

Skor IMDb: 6.4/10

Diarahkan oleh Kwang Tae Kim, The Piper menyaksikan kisah dua beranak berlatarkan perang pasca Korea dan bagaimana lawatan mereka ke kampung terpencil mengubah segalanya.

 

Baca: Barisan Filem Hebat Lakonan Jennifer Lawrence Selain Don’t Look Up