Lee Da In Hamil Cahaya Mata Pertama - Glam Malaysia
Lee Seung Gi & Lee Da In Timang Puteri Sulung

Lee Da In Hamil Cahaya Mata Pertama

Pasangan popular Korea, Lee Da In dan Lee Seung Gi dikhabarkan bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Berita gembira itu didedahkan pihak media pada hari Rabu. Agensi pengurusan milik Lee Seung Gi, Human Made mengesahkannya tidak lama kemudian. Lee Da In dijangka bersalin pada Februari 2024.

“Lee Seung Gi dan Lee Da In bakal menimang anak pertama pada tahun hadapan. Kami berharap anda mendoakan yang terbaik buat pasangan ini,” menurut kenyataan.

Agensi pengurusan Lee Da In, 9Ato Entertainment turut berkongsi khabar gembira itu bersama peminat. Mereka memaklumkan aktres berusia 31 tahun itu telah memperlahankan kerjaya seni untuk memberi fokus pada kehamilannya yang kini memasuki trimester kedua.

Walaupun jantina kandungan tidak didedahkan, pasangan itu dilaporkan bakal menimang seorang puteri.

Lee Da In dan Lee Seung Gi Disatukan Sebagai Suami Isteri

Selepas setahun menjalin hubungan, pasangan ini mendedahkan percintaan mereka kepada umum pada Mei 2021. Menurut 9Ato Entertainment, mereka bertemu satu sama lain sebagai rakan sekerja sebelum menjadi rapat kerana mempunyai minat sama dalam sukan golf.

See also
4 Drama Terbaik Lee Jung Jae, Aktor Squid Game

Tanggal 7 April 2023, mereka mengikat tali perkahwinan dalam sebuah majlis tertutup. Acara yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat itu berlangsung gemilang di Grand InterContinental Seoul Parnas Hotel, Seoul.

 Lee Seung Gi Lee Da In

Foto: Metro.Style

Rakan selebriti yang hadir memeriahkan majlis termasuk Lee Dong Wook, Cha Eun Woo, Jay Park, Yoo Yein Seok dan Bae Suzy. Bintang Running Man, Yoo Jae Seok dipilih sebagai pengacara majlis.

Lee Da In tampil persis bidadari dalam tiga gaun mewah, dua daripadanya adalah rekaan Pnina Tornai dan Muse by Berta. Lee Seung Gi turut menggayakan dua tuksedo berbeza warna iaitu hitam dan putih.

Foto: Instagram

 

Foto: Soompi

Baca: Miranda Kerr Umum Kehamilan Anak Keempat