5 Aktor Terkenal Yang Mewarisi Bakat Lakonan Bapa Mereka - Page 2 of 5 - Glam Malaysia
5 Aktor Terkenal Yang Mewarisi Bakat Lakonan Daripada Bapa

5 Aktor Terkenal Yang Mewarisi Bakat Lakonan Bapa Mereka

Benar kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Ramai aktor dan aktres mendapat inspirasi daripada ibu bapa mereka untuk menceburi bidang kerjaya yang sama.

Tidak kira sama ada di Malaysia mahupun Hollywood, ibu bapa memberi pengaruh yang kuat dalam membentuk minat anak-anak sejak kecil. Antara yang terkenal di Malaysia adalah Adlin Aman Ramlie yang merupakan anak kepada aktor popular 50-an, A.R. Tompel dan seniwati Ruminah Sidek. Begitu juga Syamsul Yusof, anak sulung kepada pelakon dan pengarah tersohor, Yusof Haslam.

Siapa pula aktor yang popular di Hollywood? Klik seterusnya.

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

John David Washington

Anak lelaki Denzel Washington ini meninggalkan kerjayanya dalam National Football League (NFL) untuk bergelar pelakon seperti bapanya. Sebelum menceburi bidang lakonan, dia bermain untuk pasukan St. Louis Rams yang kini dikenali sebagai Los Angeles Rams. Antara drama lakonannya adalah Ballers dan BlacKkKlansman, manakala filem pula termasuk Tenet dan Malcom & Marie di samping Zendaya. John bakal muncul dalam filem seram aksi fiksyen berjudul The Creator tidak lama lagi.

Foto: Getty Images