Ini 5 Aktiviti Healing Hujung Minggu Untuk Anda - Glam Malaysia

Ini 5 Aktiviti Healing Hujung Minggu Untuk Anda

Kadang-kala diri jadi buntu setiap kali tibanya hujung minggu. Membosankan! Apa kata anda cuba 5 aktiviti healing hujung minggu pilihan GLAM ini. Mana tahu mampu menceriakan hati anda!

Benar atau tidak, kadang-kala diri ini terasa malas sekali hendak keluar rumah. Lagi-lagi jikalau di ajak bersosial. Jika terjadinya hal sebegini, mulalah diri menyalahkan faktor usia. Hmm, jangan risau, ramai teman-teman di GLAM juga berperangai sebegini. 

Namun, hujung minggu tidak semestinya anda habiskan masa bersama kawan-kawan. Jikalau tanya pada saya, hujung minggu adalah masa untuk memanjakan diri sendiri. Tidak salah jika anda keluar membeli-belah seorang diri, menikmati kopi tanpa teman atau juga melawat galeri seni sendirian, bukan?

“Alah, lebih baik duduk di rumah, tonton Netflix sepanjang hari.” Ada hari-hari pasti diri akan rasa sebegini. Apa kata, minggu ini anda pilih untuk bangkit dari katil awal pagi dan mulakan hujung minggu dengan aktiviti yang menguji diri! Seorang diri! 

See also
Nama Trending Di Twitter, Kendall Jenner Akui Hidupnya Tidak Sempurna

5 Aktiviti Healing Hujung Minggu

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

#1 Cafe Hunting

Saya tertarik dengan gaya pempengaruh digital popular, Imran Bard, yang memilih untuk mengelilingi bandar Melaka seorang diri, berkunjung satu persatu kafe aesthetic pilihannya di sana. Jika anda mencari aktiviti healing, apa kata anda cuba seperti Imran Bard ini. Akan tetapi, jika anda berjalan seorang diri, pastikan keluarga dan sahabat handai tahu akan keberadaan anda ya. Pilihan GLAM, jika anda tidak sempat lari jauh dari kota sibuk Kuala Lumpur, pusing sahaja sekitar Selangor, pasti anda akan suka!