Use your ← → (arrow) keys to browse
Jika kolaborasi ini menjadi realiti, ia menandakan kemunculan pertama Britney dalam industri hiburan sejak konservatorinya ditamatkan pada November tahun lalu.
Ia juga bakal menjadi muzik pertamanya sejak pelancaran album Glory pada 2016 yang menampilkan lagu popularnya, Slumber Party.
Sejak konservatorinya berakhir, ibu kepada dua cahaya mata itu memberi beberapa petunjuk bahawa dia telah bersedia untuk kembali bekerja. Februari lalu dia berkongsi satu video dirinya sedang menari di studio berserta kapsyen, “This is a tease of what’s to come.”
Baru-baru ini dia turut merakam video dirinya menyanyikan lagu hit tahun 1998, …Baby One More Time ketika sedang mendobi pakaian. “Sudah lama saya tidak berkongsi suara saya bersama anda semua… Mungkin terlalu lama,” tulisnya.