Fleksibiliti Tiada Tandingan - Glam Malaysia
Fleksibiliti Tiada Tandingan 01

Fleksibiliti Tiada Tandingan

Galaxy Z Flip4 dibina untuk kreativiti dan fleksibilitinya yang kini lebih stabil juga ringan memudahkan rencana harian agar lebih dinamik Kaka Azraff.

Foto : SAMSUNG

Kini dalam generasi keempatnya, perkenalan terbaru Samsung Galaxy Galaxy Z Flip4 dibina berdasarkan kejayaan faktor konstruksi ikoniknya. Termasuklah pengalaman kamera yang dinaik pulih, kapasiti bateri yang bertahan lebih lama; sambil mengekalkan susuk rekaan ultra-kompaknya. Menerusi rekaannya yang tampil ‘lebih bersudut petak’ berbanding edisi sebelumnya, keteguhannya turut diperkasakan dengan Corning® Gorilla® Glass Victus® yang dipadankan bersama kerangka Armor Aluminum mengikut padanan warna pilihannya. 

Galaxy Z Flip4 03

Dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon® 8+ Gen 1, Z Flip4 dibantu oleh RAM 8GB dan juga pilihan storan UFS 3.1 dari 128GB sehingga 512GB. Saiz yang sedikit kecil berbanding model terdahulu tidak menghalang Galaxy Z Flip4 untuk tampil dengan bateri berkapasiti yang lebih besar. Versi baharunya kini berkapasiti 3,700mAh berbanding 3,300mAh pada model terdahulu.

Galaxy Z Flip4 04

Dengan engsel yang lebih langsing, bucu tepi yang diluruskan, kaca belakang berkabut kontras dan bingkai logam berkilat, konstruksinya adalah yang paling terperinci pernah dilaksanakan oleh Samsung. Kesan lipatannya pada versi terkini ini juga tidak begitu kelihatan berbanding model terdahulu. “Galaxy Z Flip4 dibina untuk kreativiti dan fleksibilitinya yang kini lebih stabil juga ringan memudahkan rencana harian agar lebih dinamik,” terang Kaka Azraff berkongsi ulasan mengenai telefon pintar yang kompak ini.

See also
Magis Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza

FlexCam, kamera dwi depan dan belakang telefon juga membolehkan anda menangkap foto dan video dari perspektif yang berbeza, dengan fungsi Quick Shot yang kini menyokong layar paparan pratonton pada Skrin Penutup untuk memberikan lebih banyak pilihan saat merakam detik indah!

Pautan berkaitan: Sofistikated, Lagi Tersendiri