Hadiah Hari Bapa! Song Joong Ki Timang Putera Sulung - Page 2 of 3 - Glam Malaysia
Hadiah Hari Bapa! Song Joong Ki Timang Putera Sulung

Hadiah Hari Bapa! Song Joong Ki Timang Putera Sulung

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Song Joong Ki Umum Perkahwinan

Tanggal 30 Januari lalu aktor Reborn Rich itu mendedahkan kepada peminat bahawa dia telah pun mendirikan rumah tangga buat kali kedua. Pengumuman tersebut dibuat tidak lama selepas spekulasi kehamilan aktres Itali kelahiran Britain itu tular di media sosial.

“Hari ini, saya ingin berkongsi kepada anda satu janji yang amat membahagiakan dan bernilai buat saya lebih daripada segalanya. Saya telah berjanji untuk sehidup semati dengan Katy Louise Saunders. Wanita yang sentiasa berada di sisi memberi sokongan, wanita yang sering saya habiskan masa berharga bersama sambil membahagiakan satu sama lain,” tulisnya.

Foto: India Tioday

Song Joong Ki menambah, “Dia memiliki hati yang murni dan menikmati kehidupan dengan penuh semangat. Dia seorang wanita bijak dan menakjubkan, saya amat mengagumi dan menghormatinya. Disebabkan dirinya, saya menjadi insan yang jauh lebih baik. Kami memasang impian untuk membina sebuah keluarga bahagia. Kami berusaha untuk menunaikan janji terhadap satu sama lain dan bersyukur dengan kehidupan baru yang terbentang di depan mata,” tambahnya.

See also
Lebih Mudah Dengan Swipe, Teknologi Baharu Galaxy Z Fold2