Hadiah Hari Bapa! Song Joong Ki Timang Putera Sulung - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
Hadiah Hari Bapa! Song Joong Ki Timang Putera Sulung

Hadiah Hari Bapa! Song Joong Ki Timang Putera Sulung

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pertemuan Pertama

Dua tahun lalu aktor kelahiran Daejeon, Korea Selatan itu menjayakan watak Vincenzo Cassano dalam drama popular Vincenzo. Menurut beberapa portal media, pasangan itu mengenali satu sama lain ketika Song Joong Ki mendaftar kelas bahasa Itali dengan aktres itu sebagai persediaan untuk melakonkan wataknya.

Katy Louise Saunders pula kini semakin jarang muncul di kaca televisyen dan layar perak atas sebab yang tidak diketahui. Dia mencipta nama menerusi filem romantis Itali berjudul Un Viaggio Chiamato Amoro (A Scandalous Journey) pada 2002. Sepanjang dua dekad kerjayanya sebagai pelakon, aktres berusia 38 tahun ini telah membintangi lebih 20 buah filem dan drama termasuk watak sampingan dalam The Lizzie McGuire Movie (2003) dan Law & Order musim ke-15 episod keempat, Coming Down Hard (2004).

Dia juga pernah berlakon di samping bintang kelas-A Hollywood iaitu Liam Neeson, Mila Kunis dan Olivia Wilde dalam Third Person (2013). Filem terakhir lakonannya adalah pada 2018 berjudul Condor, The Scorpion King: Book of Souls dan Welcome Home. Perkahwinan pasangan ini merupakan yang pertama buat Katy Louise Saunders dan kedua buat Song Joong Ki. Aktor itu pernah bergelar suami kepada bintang The Glory, Song Hye Kyo dari 2017 hingga 2019.

Foto: Allkpop

 

See also
Masturbasi Ketika Haid, Baik Untuk Kesihatan?

Foto: Soompi

Baca: Song Couple Umum Cerai, Ini Fakta Anda Perlu Tahu Tentang Penceraian Song Joong Ki & Song Hye Kyo