Rimowa Seit 1898; Pameran Sarat Sejarah
rimowa seit 1898

Seit 1898; Retrospektif Rimowa Mendarat Di Tokyo

Bersempena meraikan ulangtahun ke-125, Rimowa memilih Tokyo sebagai destinasi pertama buat pameran bertajuk seit 1898 sebelum terbang ke New York dan Cologne.

Rimowa menjadi pendahulu dalam dunia bagasi dan bagi menandakan kegemilangan mereka melancarkan satu pameran besar-besaran. Pameran bertajuk Seit 1898 atau dalam bahasa melayunya, sejak 1898 adalah satu retrospektif tentang perjalanan Rimowa sejak pertama kali diperkenalkan di Cologne, Jerman sehingga menjadi jenama global gergasi. Pameran ini mendarat di Tokyo sebagai lokasi pertama sebelum diterbangkan ke New York dan berakhir di Cologne. Di pameran ini lengkap dengan legasi, sejarah lampau sehingga kisah sekarang serta ada juga bagasi Rimowa unik yang dipertontonkan buat umum.

rimowa seit 1898

Sebanyak 100 lebih bagasi milik Rimowa dan yang dipinjamkan oleh pemilik asal diletakkan buat pameran unik ini. Setiap bagasi yang dipertontonkan mempunyai kisah tersendiri. Pastinya memancarkan legasi dan transformasi yang unik bagi jenama asal Jerman ini. Antara ruang yang menjadi perhatian adalah dimana Rimowa menghimpunkan koleksi kolaborasi mereka. Bermula dengan jalinan kreatif bersama Fendi, Seit 1898 juga mempamerkan bagasi unik ilham kreatif Dior juga Aesop.

See also
5 Artis Hollywood Yang Pernah Hidup Sebagai Gelandangan

rimowa seit 1898

Selain berkolaborasi bersama jenama mewah lain, di pameran ini juga tetamu boleh melihat dengan lebih dekat bagasi milik peribadi para nama besar. Di pojok muzik Seit 1898, ada bekas bagasi milik Pharrell Williams yang direka khas oleh Rimowa bagi menyimpan pianonya. Ruang paling menarik adalah barisan bagasi milik personaliti global. Ada bagasi Rimowa milik Roger Federer, Peggy Gou dan peminat drama Emily in Paris pula mungkin akan tersenyum melihat bagasi Rimowa dihadapan mata mereka.

Misi pameran ini adalah untuk menceritakan sejarah jenama ini dalam mengeluarkan bagasi bermutu tinggi. Serta berkongsi nilai dedikasi mereka tentang seni dan teknologi pembuatan bagasi.Berlangsung di Jing Harajuku sejak 9 hingga 18 Jun dan dibuka buat umum. Siri pameran unik ini akan terbang ke New York pada 8 sehingga 17 September. Manakala pameran di Cologne bakal berlangsung pada musim bunga 2024.

Artikel Berkaitan: Kolaborasi Rimowa x Porsche Untuk Menyatukan Kelas Dan Fungsi

See also
Imbas Pemergian 18 Selebriti Popular Sepanjang 2023