5 Artis Hollywood Yang Pernah Hidup Sebagai Gelandangan - Glam Malaysia
5 Artis Hollywood Yang Pernah Hidup Sebagai Gelandangan

5 Artis Hollywood Yang Pernah Hidup Sebagai Gelandangan

Status selebriti tersohor selalunya diiringi dengan kekayaan dan kemasyhuran, jauh sekali gelaran gelandangan.

Bagaimanapun sebelum mencapai populariti, mereka bukan sahaja perlu bekerja keras untuk mendapat apa yang dimiliki sekarang, malah perlu melalui onak duri demi membina nama sebagai selebriti.

Salah satu kesukaran yang sering dilalui bintang di Hollywood adalah kehilangan tempat tinggal dan terpaksa hidup sebagai gelandangan, seperti yang dilalui lima selebriti ini. Mereka perlu bekerja lebih keras bukan sahaja untuk mencapai impian, malah juga demi menyara keluarga.

Siapakah selebriti terkenal yang pernah menjalani hidup sebagai gelandangan?

 

DANIEL CRAIG

Pelakon watak James Bond ini pernah melalui saat sukar selama beberapa tahun. Sebelum kerjayanya bermula, dia mengalami kesukaran membina nama di Hollywood. Dia kemudian menghadiri National Youth Theatre dan Guildhall School of Music and Drama untuk memantapkan kemahiran dalam bidang lakonan. Dalam masa yang sama, dia terpaksa tidur di bangku taman selama beberapa bulan kerana tidak mempunyai wang. Namun semua hasil lelahnya berbaloi apabila ditawarkan watak utama sebagai James Bond.

See also
"Saya lebih senang memilih hasil seni melalui skrip yang bagus."- Nadiya Nisaa

 

TYLER PERRY

5 SELEBRITI A-LIST YANG PERNAH HIDUP SEBAGAI GELANDANGAN

Perry mungkin merupakan salah seorang lelaki paling kaya di Hollywood, namun dia pernah berdepan situasi sukar dalam hidup apabila didera secara seksual oleh bapanya sewaktu kecil. Malah dia pernah cuba meragut nyawa sendiri sebelum berhenti sekolah. Impiannya adalah untuk bergelar penulis, jadi dia mula mengambil upah untuk beberapa pekerjaan pelik dan berpindah ke Atlanta untuk memulakan kerjaya.

Dengan simpanan yang ada, dia memulakan muzikal pertamanya, I Know I’ve Been Changed. Disebabkan kekurangan wang, dia tidak mampu membayar sewa rumah dan terpaksa tinggal di dalam kereta. Malangnya kereta miliknya juga ditarik tidak lama kemudian, dan dia terpaksa tidur di kaki lima. Namun dengan semangat yang tidak pernah pudar, dia berjaya mencipta nama sebagai pelakon dan penerbit filem.

 

JIM CARREY

5 SELEBRITI A-LIST YANG PERNAH HIDUP SEBAGAI GELANDANGAN

Kehidupan Carrey sewaktu kecil bukanlah satu perjalanan yang indah. Dia dilahirkan dalam sebuah keluarga miskin di mana bapanya terpaksa melakukan dua pekerjaan untuk memperoleh wang. Namun apabila bapanya dibuang kerja, dia terpaksa mengambil alih tugas tersebut. Ketiadaan pendapatan menyebabkan keluarganya terpaksa tinggal di dalam van milik mereka. Nekad mahu membantu, Carrey berhenti sekolah pada usia 15 tahun dan bekerja sebagai tukang cuci untuk menyara keluarga.

See also
5 Beg Tangan untuk Serlah Gaya ‘SUMMER BREAK’

 

SYLVESTER STALLONE

Sukar untuk percaya bahawa pelakon sehebat Stallone pernah menjadi gelandangan, namun ia ternyata benar. Pada awal tahun 70-an, Stallone mengalami kesukaran mencari kerja dan kehilangan tempat berteduh untuk satu jangka masa yang lama. Namun setelah dia mendapat idea untuk menulis skrip filem Rocky, kerjayanya tiba-tiba memuncak. Itulah permulaan yang membuatkan namanya dikenali sehingga ke hari ini.

 

KELSEY GRAMMER

Seorang lagi selebriti yang terpaksa hidup sebagai gelandangan. Grammer mempunyai impian untuk bergelar pelakon, justeru dia nekad menghadiri sekolah teater tersohor dengan yuran pengajian yang mahal. Dia terpaksa melakukan beberapa pekerjaan untuk memenuhi impian tersebut, malangnya ia agak sukar dan dia terpaksa tinggal di kaki lima selama berbulan-bulan. Dia disingkir dari sekolah teater setelah kehilangan fokus akibat kematian tragis kakaknya. Namun ini tidak membantutkan impiannya untuk menceburi bidang lakonan, dan kini dia berjaya mencipta nama sebagai selebriti A-list di Hollywood.

 

Foto: Getty Images

Baca: Pekerjaan 10 Selebriti Sebelum Bergelar Bintang Hollywood

See also
Puteri Sulung Priyanka Chopra & Nick Jonas Diperkenalkan Kepada Dunia