10 Filem Asal Netflix Terbaik Sepanjang 2023 - Glam Malaysia
10 Filem Asal Netflix Terbaik Sepanjang 2023

10 Filem Asal Netflix Terbaik Sepanjang 2023

Dunia penstriman berubah dari hari ke hari. Tidak kira platform manakah di kedudukan kedua, Netflix kekal di tangga teratas.

‘Raja penstriman’ ini membina reputasi dengan menawarkan lebih banyak filem berbanding platform lain dan karya asal berkualiti. Dari genre romantis ke seram, Netflix ada segalanya untuk semua penonton.

Tahun 2023 merupakan tahun terbaik buat Netflix di mana ia mengeluarkan koleksi filem asal hebat. Beberapa naskah disebut-sebut akan membawa pulang trofi pada majlis anugerah berprestij 2024.

Semak senarai karya terbaik Netflix pada tahun ini

 

10. Luther: The Fallen Sun

Dibintangi oleh: Idris Elba, Andy Serkis, Cynthia Erivo, Dermot Crowley

Skor Rotten Tomatoes: 68%

Seorang pembunuh bersiri mengganas di London kala detektif John Luther menghabiskan masanya di penjara. Dihantui kegagalannya menahan pembuli siber, John membuat keputusan lari dari penjara untuk menjalankan tanggungjawabnya menangkap si penjahat.

 

9. Love At First Sight

Dibintangi oleh: Haley Lu Richarson, Ben Hardy, Jameela Jamil, Sally Phillips

Skor Rotten Tomatoes: 73%

Diadaptasi daripada novel The Statistical Probability of Love At First Sight, ia mengisahkan tentang dua insan yang bertemu dalam penerbangan dari New York ke London dan jatuh cinta. Bagaimanapun mereka terpisah di pemeriksaan kastam dan peluang untuk bertentang mata sekali lagi dilihat mustahil. Tanpa disangka takdir berubah dan menyatukan mereka.

See also
Kim Kardashian Akui Mengalami Agorafobia Ketika Kuarantin

 

8. Leave The World Behind

Dibintangi oleh: Julia Roberts, Ethan Hawke, Mahershala Ali, Kevin Bacon

Skor Rotten Tomatoes: 76%

Percutian sebuah keluarga di Long Island diganggu dua beranak yang membawa berita tentang pengakhiran dunia. Dengan ancaman yang semakin teruk, kedua-dua keluarga mesti mencari jalan terbaik untuk menyelamatkan diri daripada krisis yang bakal berlaku.

 

7. Extraction 2

Dibintangi oleh: Chris Hemsworth, Golshifteh Farahani, Idris Elba, Olga Kurylenko, Adam Bessa

Skor Rotten Tomatoes: 79%

Sekuel Extraction ini menyaksikan kemunculan semula Chris Hemsworth sebagai Tyler Rake dari ambang kematian. Kali ini dia terlibat dalam misi berbahaya selepas diupah untuk menyelamatkan ahli keluarga raja penjenayah dari penjara asing.

 

6. Maestro

Dibintangi oleh: Bradley Cooper, Carey Mulligan, Matt Boomer, Jeremy Strong, Maya Hawke

Skor Rotten Tomatoes: 79%

Biopik arahan Bradley Cooper ini berkisar tentang pasangan berpengaruh, konduktor terkenal Leonard Bernstein dan aktres Felicia Montealegre. Ia menerokai hubungan dan dugaan rumah tangga mereka dari pertemuan pertama pada 1943 hingga kematian Felicia pada 1978.

See also
Di mana Beli Stylish Face Masks Dalam Talian?

 

5. The Killer

Dibintangi oleh: Michael Fassbender, Tilda Swinton, Sophie Charlotte, Monique Ganderton

Skor Rotten Tomatoes: 85%

Mengisahkan seorang pembunuh upahan yang menerima arahan untuk membunuh seorang individu di Paris. Malangnya tembakan yang dilepaskannya tidak mengenai sasaran, sekali gus mengancam nyawanya. Disebabkan itu dia harus melarikan diri ke Amerika Syarikat menggunakan identiti palsu.

 

4. Nyad

Dibintangi oleh: Jodie Foster, Annette Bening, Rhys Ifans, Luke Cosgrove

Skor Rotten Tomatoes: 86%

Percubaan berani perenang jarak jauh, Diana Nyad pada 2013 untuk berenang dari Cuba ke Florida pada usia 64 tahun. Diadaptasi daripada autobiografi Nyad, ia mengikuti perjalanan kerjaya Diana dari percubaan pertama, kegagalan pertama dan pencapaiannya berenang lebih 100 batu pada 1978. Ini diikuti persaraan awalnya dan penglibatan semula dalam sukan renang pada usia emas.

 

3. Fair Play

Dibintangi oleh: Phoebe Dynevor, Alden Ehrenreich, Eddie Marsan, Rich Sommer

Skor Rotten Tomatoes: 86%

Kisah pasangan kekasih yang bekerja sebagai penganalisis di sebuah firma dana lindung nilai. Selepas Emily menerima kenaikan pangkat tidak dijangka, hubungannya dengan Luke mula berantakan kala cita-cita, penipuan dan pengkhianatan menyelubungi mereka.

See also
10 Filem Hebat Mesti Tonton Pada Awal 2024 

 

2. You Are So Not Invited To My Bat Mitzvah

Dibintangi oleh: Adam Sandler, Jackie Sandler, Idina Menzel, Luis Guzman, Dylan Hoffman

Skor Rotten Tomatoes: 91%

Filem ini menceritakan kisah dua sahabat baik yang memusnahkan rancangan parti Bat Mitzvah mereka tanpa sengaja. Dek merebut perhatian seorang jejaka tampan di sekolah, persahabatan mereka turut terancam.

 

1. They Cloned Tyrone

Dibintangi oleh: Jamie Foxx, John Boyega, Teyonah Parris, Kiefer Sutherland

Skor Rotten Tomatoes: 95%

Salah satu filem sains fiksyen terbaik tahun ini. Ia berkisar tentang Fontaine, Slick dan Yo-Yo yang bekerja sebagai pengedar dadah, ‘bapa ayam’ dan pekerja seks. Mereka tercampak dalam konspirasi pengklonan kerajaan yang berbahaya selepas melalui beberapa peristiwa ngeri di kawasan kejiranan mereka.

 

Foto: Netflix

Baca: 5 Filem Terbaik Dian Sastrowardoyo, Bintang Gadis Kretek