10 Berlian Paling Mahal Di Dunia - Glam Malaysia

10 Berlian Paling Mahal Di Dunia

1 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

Keinginan memiliki berlian yang mempersona paling diidam-idamkan setiap wanita. Apatah lagi jika ia punya ciri yang anda impikan. Selain saiznya yang menepati citarasa dengan percikan warna kegemaran serta punya kejelasan yang luar dari kebiasaan, berlian ini bakal menukar mimpimu jadi kenyataan!

Sejak dari dahulu, berlian merupakan objek yang mudah menjadi tarikan. Ia cantik, misteri dan jarang ditemui. Mengambil nama daripada perkataan Yunani adamas yang bermaksud tidak dapat dihancurkan, berlian terkenal dengan kualiti fizikalnya serta mempunyai harga tersendiri. Berada pada skala 10 kekerasan Mohs, berlian hampir mustahil untuk pecah atau tercalar.

Permata luar biasa yang GLAM bariskan di halaman sebelah ini telah menarik minat ramai dengan keindahan abadi dan nilai yang tiada tandingan. Walaupun semua berlian dilombong dari muka bumi, namun bukan semua berlian diciptakan sama. Selama bertahun-tahun, berlian telah memukau ahli gemologi dan terus memecahkan rekod harga di pasaran. Pernahkah anda tahu, yang mana satu berlian yang paling mahal setakat hari ini? 

See also
Mercu Kemewahan Progresif: BMW X7 xDrive40i Pure Excellence