Inspirasi Di Sebalik Pemilihan Nama Putera Sulung Remy Ishak - Glam Malaysia
Inspirasi Di Sebalik Pemilihan Nama Putera Sulung Remy Ishak

Inspirasi Di Sebalik Pemilihan Nama Putera Sulung Remy Ishak

Sedar tak sedar sudah hampir sebulan aktor Remy Ishak dan isteri, Ezza Yusof menggalas status ibu bapa.

Genap tiga minggu kelahiran, pasangan itu sepakat mengumumkan nama cahaya mata sulung mereka kepada umum. Nama yang dipilih diinspirasikan daripada nama Melayu klasik iaitu Tuah Alam. Kata Remy Ishak, sejak bujang dia telah lama menyimpan hasrat untuk memberi nama berunsur kemelayuan buat anaknya.

“Masa bujang dulu saya ada terfikir kalau anak lelaki, saya nak letak nama ada unsur Melayu. Saya pilih nama Melayu, saya nak nama Melayu. Saya dah bincang dengan isteri dan dia pun setuju.”

remy ishak tuah alam

Foto: Instagram

Menerusi rancangan Oh Baby Remy, pelakon Sangkar itu berkata dia ada menyenarai pendek beberapa nama lain sebelum memilih Tuah Alam. Dia turut menyangkal pendapat segelintir pihak yang mendakwa pemilihan nama Tuah ada kaitan dengan simbol kepahlawanan.

“Selain Tuah Alam, kita ada letak Tuah Arjuna, Tuah Alexander. Kenapa Alexander? Sebab hari itu saya ada baca buku Alexander. Tapi akhirnya kami pilih Tuah Alam. Nak ada nama campur juga pada mulanya tapi tak boleh sebab bukan jiwa.

“Tuah mungkin orang ingat sebab ia adalah nama pahlawan, tetapi ia bukan hanya kerana itu sahaja. Ini pendapat individu. Ada orang mahu letak nama Arab dengan maksud bagus. Tapi untuk saya Tuah itu… Kenapa tidak kita letak nama Melayu terus. Maksud Tuah adalah tuah. Jadi daripada pakai nama Arab, saya terus pakai nama Melayu sahaja,” ujarnya panjang lebar.

See also
Pasangan Hollywood Yang Bertemu Jodoh Di Set Penggambaran

Remy Ishak Sertai ‘Kelab Bapa’

Dua tahun menyulam ikatan perkahwinan, Remy Ishak menerima kehadiran orang baru dalam keluarga setelah zuriat pertamanya dilahirkan pada hari Khamis, 27 Julai 2023.

Tuah Alam dilahirkan di sebuah hospital swasta di ibu kota pada jam 11.17 pagi. Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Remy Ishak menerusi satu hantaran di Instagram Story.

“Alhamdulillah isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi bertarikh 27 Julai 2023 di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur,” tulisnya.

Foto: Instagram

Aktor berusia 41 tahun itu turut memaklumkan keadaan isteri dan anaknya sekali gus berterima kasih atas doa orang ramai. “Isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik. Terima kasih atas kiriman doa dan ucapan tahniah.”

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun perkenalan. Mac lalu, Remy Ishak mengesahkan isterinya hamil lima bulan sekali gus menamatkan spekulasi yang bertebaran. Jelasnya dia tidak berniat mahu merahsiakan berita baik itu tetapi sekadar mahu memastikan kehamilan berjalan lancar.

See also
Miranda Kerr Umum Kehamilan Anak Keempat

 

Foto: Instagram

Baca: Neelofa & Haris Ismail Pilih Nama Dengan Makna Istimewa Buat Anak Kedua