Jade Pavilion Sedia Menu Mesra Muslim Istimewa Untuk Anda - Glam Malaysia
Jade Pavilion

Jade Pavilion Sedia Menu Mesra Muslim Istimewa Untuk Anda

Menyajikan menu mesra Muslim inspirasi rasa tradisional Cina kemudian diolah menjadi moden hanya di Jade Pavilion. 

Pilihan bahan-bahan terbaik serta memiliki kelasnya yang tersendiri merupakan taruhan utama restoran ini. Penggunaan ikan Soon Hock premium dari Sabah, udang galah yang diterbangkan khas dari pantai Australia serta abalon dari Afrika Selatan menjadi menu baru highlight di Jade Pavilion.

Walau sudah utuh menyaji lebih 120 menu sebelum ini, kami yakin anda pasti akan teruja untuk mencuba menu yang lebih segar dan baharu daripada mereka ini. Sewaktu kunjungan kami di restoran yang bertempat di Hotel Pavilion ini, kami diperkenalkan dengan dua chef, Chef Kenny Lee yang  mengetuai dapur utama manakala Chef Dino pula mengetahui dapur Dim Sum.

Jade Pavilion

Antara menu harus anda cuba apabila berkunjung ke sini adalah Steamed Sabah Soon Hock yang dihidang bersama caviar dan telur putih, Slow Braised 10-Head South African Abalone with Crispy Yam Puff beserta Pan-Seared Foie Gras with Asparagus and Premium Abalone Sauce. Keenakan yang hanya anda boleh rasainya di sini secara eksklusif! 

See also
Scha Alyahya: Kebahagiaan Menjadi Ibu

Jade Pavilion

Manakala menu Dim Sum terbaru yang harus anda cuba pula adalah Crispy Lychee Dumpling Trio. Percikan jus terserlah pada suapan pertama anda kerana ia anda bakal merasai buah laici manis yang diisi dengan tiga rasa inti berbeza.

Jangan pulang tanpa merasai hidangan pemanis mulut dari Jade Pavilion ini. Pilihan kami sudah tentu, Chilled Mango and Longan Pudding with Tropical Fruit Purée and Custard Roll. 

Jade Pavilion

Menu terbaharu ini kini dihidangkan secara a la carte setiap hari sewaktu makan tengah hari dan malam. Sama ada anda ingin menikmatinya di ruang utama restoran ini atau juga anda boleh menempah bilik privasi yang mampu memuatkan sehingga 20 orang tetamu.

Untuk tempahan, anda bolehlah menghubungi Jade Pavilion di talian +603 2117 2823 atau WhatsApp di +6017 206 8805.

 

Pautan Berkaitan: Pengalaman Gastro Epik Mesra Muslim di Western Australia