Kisah Percintaan Luar Biasa Putera Mahkota Frederik & Puteri Mary - Page 4 of 5 - Glam Malaysia
Kisah Percintaan Luar Biasa Putera Mahkota Frederik & Puteri Mary

Kisah Percintaan Luar Biasa Putera Mahkota Frederik & Puteri Mary

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Penyatuan Dua Jiwa

Untuk menjadi kerabat Diraja Denmark, Mary perlu mempelajari bahasa kebangsaan negara itu, melepaskan status kerakyatan Australia dan mempercayai fahaman Lutheran (salah satu cabang agama Kristian).

Perkahwinan mereka berlangsung di Gereja Copenhagen pada 14 Mei 2004. Pengantin perempuan menyarung gaun rona putih gading polos rekaan pereka tempatan, Uffe Frank serta vel renda yang pernah disarung Puteri Mahkota Margareta dari Sweden. Pengantin lelaki pula tampil segak dalam seragam tentera. Usai pernikahan, pasangan itu menuju ke majlis resepsi di Istana Christian VII, Amalienborg Palace Square menaiki kereta kuda – bagaikan dalam kisah dongeng.

Foto: Pinterest