5 Lagu Penyanyi Indonesia, Tulus Harus Anda Dengar  - Glam Malaysia

5 Lagu Penyanyi Indonesia, Tulus Harus Anda Dengar 

Sempena kedatangan Tulus ke Malaysia hari ini, kami senaraikan 10 lagu milik penyanyi Indonesia ini yang bakal menangkap jiwa dan kalbu si para pendengarnya. 

Ini bukan kali pertama Tulus menyinggah Malaysia untuk mengadakan konsertnya. Kali terakhir hadir ke bertemu peminatnya di sini adalah pada tahun 2019. Kemudian, pandemik yang melanda mengakibatkan kesuntukan peluang untuk Tulus bertemu peminatnya di sini.

Kali ini, memilih Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sebagai tempat menjadi saksi pertemuan kembali Tulus dan peminatnya, ramai yang tidak sabar untuk menghayati setiap bait lagu-lagu Indah nyanyian figura ini. 

Ayuh kenali 5 lagu indah nyanyian Tulus ini

1) Hati-hati di Jalan

Lagu indah daripada album Manusia ini mengisahkan pertemuan cukup sejoli antara dua insan. Yakin masing-masing memiliki persamaan dan akan terus kekal lama bersama. Namun, dugaan dan cabaran mengatasi segalanya lalu menjadikan perjalanan cinta itu bukanlah sesuatu yang mudah. Dan kerana cabaran itu menjadi punca masing-masing membawa haluan sendiri, lagu ini tercipta untuk menyampai mesej agar masing-masing lebih berhati-hati melalui jalan hidup selepas ini.

See also
Olimpik Tokyo: Apa Isu Simone Biles Sehingga Menarik Diri?

2) Diri

Juga daripada album Manusia, lagu ini berkisarkan tentang diri sendiri. Menyampaikan kata-kata semangat buat diri sendiri. Lebih relatable buat mereka yang sering merasakan diri tidak cukup baik. Di dalam lagu ini, Tulus mengajak agar semua lebih menghargari diri sendiri, selama ini membanting tulang bekerja demi kelangsungan hidup dan Tulus juga menyebut di dalam liriknya agar semua senantiasa menanam di dalam diri erti ‘cukup’. 

3) Teman Hidup

Lagu Tulus yang cukup popular dicipta 10 tahun yang lalu mengisarkan tentang pasangan yang ingin melanjutkan hubungan ke tahap yang lebih serius, menjadi teman hidup sebagai pasangan sah suami dan isteri. Lagu yang cukup romantik mengajak pasangannya menempuh hidup bersama, berkongsi jalan hidup menghadap dunia. 

4) Sewindu

Lagu yang cukup popular, anda pasti pernah mendengar lagu ini. Namun, tahukah anda apa makna di sebalik lagu ini? “Sewindu bermakna lapan tahun di dalam bahasa Indonesia”, kata Tulus. Berkisarkan tentang seseorang yang sudah lapan tahun menyimpan perasaan terhadap wanita ini. Pada permulaan, perasaan itu digambarkan berbunga-bunga namun lama-kelamaan dia sedar di mana wanita ini tidak memilihnya, langsung kecewa.

See also
Tahniah! Amylea Azizan Kini Milik Abang Bomba

5) Monokrom

Lagu yang paling bermakna buat para peminat Tulus yang digelar Teman Tulus ini. Cukup memberi kesan kepada sesiapa sahaja yang mendengar dan mengenali penyanyi ini. Berkisarkan tentang kehidupan sesorang yang sedang mengenang masa kecilnya dan bersyukur kerana telah membesar dikelilingi manusia hebat dan ikhlas. Ini adalah salah satu lagu apresiasi Tulus yang dicipta pada tahun 2016 buat para peminatnya. 

Pautan Berkaitan: 10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022