Orang Ketiga Punca Mahligai Bahagia Dibina Musnah
orang ketiga

Orang Ketiga Punca Mahligai Bahagia Dibina Musnah

Mengapa munculnya individu yang tidak boleh melihat kita bahagia? Orang ketiga dalam hubungan ini bukan sahaja ingin merebut pasangan anda, malah mahu untuk menghancurkan hubungan tersebut.

Seperti mana semua tahu, orang ketiga yang hadir dalam satu perhubungan sering menyebabkan perselisihan faham antara pasangan dan mendorong pasangan untuk berpisah. Apabila anda tahu pasangan anda sudah mempunyai orang ketiga, akan mudah bagi anda untuk terbawa-bawa emosi. Anda mungkin berasa sedih, kecewa dan marah.

Selain sebab tiada lagi persefahaman, kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga juga boleh menjadi punca keretakan sehingga meruntuhkan mahligai yang sudah dibina. Baru-baru ini, banyak dilaporkan di dalam media massa bahawa perceraian antara pasangan suami isteri semakin meningkat. Sebabnya ialah apabila terdapat hubungan intim melalui teks, media sosial, dan lain-lain sehingga terjadi hubungan asmara antara pasangan anda dan orang ketiga.

Tidak semua perkahwinan akan bahagia selama-lamanya bahkan ada sesetengah perkahwinan yang terjalin berpuluh-puluh tahun juga mampu menderita. Sekiranya anda dapati diri anda dalam situasi ini, tidak salah sekalipun untuk ambil keputusan mengangkat kaki. The decision is in your hands after all.

 

5 Cara Mengatasi Orang Ketiga Dalam Hubungan

orang ketiga

Foto: Freepik

Kehadiran orang ketiga dalam hubungan boleh menjadi sangat memudaratkan jika tidak ditangani dengan bijak. Jika rumah tangga anda sedang diganggu oleh orang ketiga, GLAM kongsikan 5 cara untuk mengatasi orang ketiga.

See also
GLAM Next Face: Top 10 + 1 Kejutan

1. Mengabaikan

Jika anda benar-benar serius untuk tidak mahu berurusan dengan pihak ketiga yang menganggu dalam hubungan rumah tangga, mengabaikan mereka adalah langkah pertama yang sangat baik. Contohnya, jika mereka sentiasa mengganggu pasangan anda dengan menghantar mesej atau menelefon, abaikan mereka. Hal ini kerana, jika ada memberi perhatian kepada mereka, mereka akan lebih suka untuk mengganggu.

2. Tenangkan Diri dan Fikiran

Sebaik sahaja anda mengesan kehadiran pihak ketiga, jangan biarkan emosi anda memakan diri anda dan menyerang mereka serta-merta tanpa memikirkan akibatnya. Selepas mendengar berita itu, anda disarankan untuk bertenang dahulu. Jika anda mula untuk bertindak dengan fikiran yang cemas boleh membuat anda rugi kerana anda masih tidak dapat lagi kepastian apa yang sedang berlaku.

3. Ketahui Punca Hadirnya Orang Ketiga

Kehadiran pihak ketiga pastinya seolah-olah menjadi isu berasingan yang merosakkan hubungan. Namun, pada hakikatnya, segala-galanya boleh berlaku atas sebab tertentu. Anda perlu tahu terlebih dahulu apa puncanya orang ketiga itu mengganggu hubungan anda.

See also
5 Selebriti Wanita Yang Merangkul Rekod Dunia

Kemudian, anda boleh mencari jalan penyelesaian yang terbaik jika anda sudah mengetahui puncanya. Jangan hanya meneka dan menuduh pasangan anda dan menyesal di kemudian hari.

4. Berbicara Dengan Orang Ketiga

Jika anda menyedari apa yang sebenarnya berlaku, seperti seseorang cuba mengganggu pasangan anda, anda perlu menegaskan pada orang ketiga tersebut untuk tidak mengganggu rumah tangga anda. Sama ada berjumpa mereka atau melalui Internet sahaja.

Namun, tetaplah mengawal emosi anda, walaupun anda benar-benar ingin memarahinya. Berbicara dengan tenang untuk dia memahami apa yang anda ingin sampaikan. Jika anda berkomunikasi dengan kasar, ia hanya membuat mereka semakin menjadi-jadi.

5. Mengambil Tindakan Jika Sudah Keterlaluan

Apabila anda merasai perosak rumah tangga tersebut sudah berlebihan, maka segeralah mencari jalan keluar yang terbaik. Anda perlulah beranikan diri anda dengan sama ada membuat aduan di Unit Penguatkuasaan dan Pendakwaan atau Jabatan Agama yang berdekatan dan mengemukakan bukti yang kukuh mengenai gangguan pihak ketiga.

Tahukah anda terdapat undang-undang syariah bagi “pihak ketiga dalam perkahwinan” atau “gangguan pihak ketiga” di mana kita boleh membuat aduan sekiranya kita menjadi mangsa?

Munculnya pihak ketiga boleh menimbulkan ketegangan dan konflik antara pasangan dalam rumah tangga. Pasangan mungkin akan berasa terancam dan berasa cemburu atau tidak selesa. Oleh itu, adalah sangat penting untuk menangani isu orang ketiga dengan bijak dan mengambil langkah segera untuk memulihkan hubungan.

See also
Naomi Osaka Tarik Diri Daripada French Open Disebabkan Isu Kesihatan Mental

Cara Mengesan Jika Pasangan Curang

You think you know a person well, yet they proved that they have changed. Lagi-lagi sekiranya hubungan itu sudah terjalin lama. Benar setiap hubungan ada its ups and downs tetapi bagaimana anda mengendali isu ini membuktikan kesungguhan anda mahupun si dia untuk kekal bersama. Kami tidak mahu beranggap si dia yang berkelakuan tiba-tiba lain daripada biasa mungkin curang terhadap anda tetapi tidak salah untuk semak bukan?

  • Perubahan sikap yang ketara
  • Menggunakan telefon secara sorok-sorok
  • Tiba-tiba marah kalau tanya tentang aktiviti si dia
  • Sentiasa gelisah ketika bersama anda
  • Berahsia banyak benda dengan anda
  • Sepi tanpa berita bila berjauhan. Dia tidak menghubungi anda ketika berjauhan
  • Menjadi panas baran dan sentiasa mencari kesalahan anda
  • Kerap menolak perlawaan anda untuk keluar bersama.
  • Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbit miliknya
  • Sepi tanpa berita bila berjauhan. Dia tidak menghubungi anda ketika berjauhan
  • Cuba untuk menjauhkan diri dari anda

Artikel Berkaitan : Amal 5 Rahsia Buat Rumahtangga Bahagia!