Vagina Berbau? Ini 5 Solusi Mudah Untuk Elak Masalah Ini
Vagina berbau

Vagina Berbau? GLAM Kongsi 5 Cara Untuk Elak Masalah Ini

Kenapa hendak malu? Ini masanya untuk membincangkan isu vagina berbau ini. Jangan risau, GLAM ada solusi untuk anda!

Sesungguhnya kita hendaklah memandang serius tentang penjagaan bahagian intim, tidak kira lelaki mahupun wanita. Apa yang boleh kami simpulkan, vagina berbau tidak akan terjadi jika anda mengamalkan gaya hidup yang sihat serta menjaga kebersihan yang optima.

Walaupun belum lagi ada sebarang kajian menyatakan sebarang makanan tertentu boleh membantu membaikpulih kesihatan vagina, namun pemakanan serta diet yang sihat dan seimbang boleh membantu menyihatkan lagi seluruh tubuh badan kita dan dalam pada masa yang sama menyuburkan kesihatan bahagian vagina.

GLAM Kongsi 5 Cara Elak Vagina Berbau!

#1 Kekal Terhidrat (Ini Paling Penting!)

Minumlah air yang secukupnya. Bukan sahaja baik untuk amalan diet, tetapi ia adalah keperluan yang diperlukan oleh seluruh bahagian tubuh badan kita, termasuklah kesihatan bahagian sulit vagina.

Apabila tubuh badan kekal terhidrat, ia akan mengekalkan kadar lembapan yang cukup pada bahagian intim anda. Jadi, masalah seperti vagina berbau dapat dikurangkan.

See also
Penerbangan Termewah Dunia

#2 Diet Yang Seimbang

Amalkan diet yang seimbang seperti pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, protein juga lemak sihat. Pemakanan seperti ini mampu membekalkan vitamin penting, mineral serta nutrien yang boleh memperkuatkan sistem imunisasi badan dan kesihatan menyeluruh!

vagina berbau

#3 Probiotik Bagus Untuk Elak Vagina Berbau

Amalkan juga makanan yang kaya dengan probiotik seperti yogurt kultur, kimchi dan tempe. Ia memiliki ‘bakteria baik’ semula jadi di dalam usus langsung memberikan penghadaman yang baik. Kesihatan yang baik mampu membuatkan vagina anda juga dalam kondisi yang sihat.

#4 Elakkan Pengambilan Gula dan Makanan Proses Secara Berlebihan

Memang pengambilan makanan tidak sihat mampu merosakkan tubuh badan. Selain itu, gula yang berlebihan serta makanan ‘segera’ sesungguhnya mampu mengganggu keseimbangan bakteria baik di dalam tubuh.

Jika tidak dijaga dengan betul, ia berpotensi untuk ada infeksi pada bahagian tubuh tertentu serta masalah kesihatan yang lain termasuk masalah vagina berbau atau keputihan banyak.

#5 Kurangkan Pengambilan Alkohol juga Kafein

Alkohol dan kafein yang berlebihan secara umumnya akan mengganggu kesihatan tubuh badan. Ia akan memberi kesan kepada kadar hidrasi dalam tubuh, mengganggu kadar kitaran tidur dan pelbagai lagi. Secara keseluruhannya, ia akan memberi efek pada tubuh anda.

See also
Libur - Percutian Hujung Minggu Lost World of Tambun, Ipoh

Yang paling penting, pastikan anda kekal aktif kerana badan yang cergas mampu membuatkan peredaran darah di dalam tubuh berjalan lancar. Dan dalam pada masa yang sama, ia mempengaruhi kesihatan seksual anda.

Praktikkan kebersihan optima, seks yang sihat dan berjumpalah pakar jika ada masalah yang berlanjutan. Jangan biarkan masalah vagina berbau ini  berlarutan sehingga memudaratkan tubuh badan anda tanpa sedar.

Pautan Berkaitan: GLAM Exposé: Vagina Rejuvenation – Trend Baru Mendara Semula Di Kalangan Sosialit Kota