Tyson Beckford Model 90an Punyai Anak Ikuti Jejak Langkahnya
Kenali Jordan Beckford, Anak Supermodel Terkenal 90-an Tyson Beckford

Kenali Jordan Beckford, Anak Supermodel Terkenal 90-an Tyson Beckford

Model tampan berdarah kacukan, Tyson Beckford mendominasi pentas peragaan global pada tahun 90-an.

Namanya masyhur sebagai model lelaki Ralph Lauren Polo malah pernah dinobat sebagai model terbaik VH1 pada 1995. Namun apa yang lebih penting, Tyson Beckford berjaya mencetus perubahan di pentas peragaan buat generasi akan datang. Rupa paras eksotiknya adalah hasil kacukan bapanya yang berdarah campuran Jamaica dan Cina serta ibunya yang berketurunan Panama.

Model berusia 53 tahun ini mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Jordan Beckford yang tidak asing lagi dalam dunia peragaan. Mungkin ramai menyangka jejaka berusia 25 tahun ini meraih populariti dengan mengikut jejak langkah bapanya. Namun hakikatnya dia mencipta nama dengan menceburi industri muzik terlebih dahulu.

Baca lima fakta mengenai satu-satunya zuriat Tyson Beckford ini

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Membesar Dikelilingi Selebriti

Sama seperti bapanya Tyson Beckford, Jordan Beckford juga memiliki darah kacukan. Ibunya, April Roomet yang merupakan warga Amerika Syarikat pernah bekerja sebagai pendandan rambut selebriti. Dia bekerja untuk rancangan popular seperti Jimmy Kimmel Live, The Tonight Show With Jimmy Fallon dan Ellen DeGeneres serta filem seperti seperti Starsky & Hutch dan The Tenants.

See also
"Refleksi" Sinematik Bottega Venetta Untuk Kempen Musim Bunga/Panas 2018

Kini dia lebih dikenali sebagai penata gaya, pereka kostum dan pengarah kreatif. April Roomet pernah berkongsi foto anaknya berusia tiga tahun bersama Alicia Keys di lokasi penggambaran video A Woman’s Worth. Dia juga pernah memuat naik foto Jordan Beckford di samping Rihanna di festival muzik Coachella ketika anaknya berusia 14 tahun.

Jordan Beckford tyson Beckford

Foto: Instagram