Putera William Raih Pendapatan Peribadi Lapan Angka Pada 2022 - Glam Malaysia
Putera William Raih Pendapatan Peribadi Lapan Angka Pada 2022

Putera William Raih Pendapatan Peribadi Lapan Angka Pada 2022

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Gelaran putera raja datang dengan ‘pakej’ pendapatan tahunan yang cukup lumayan, seperti yang diterima Putera William.

Menurut laporan, Putera Wales menerima sebanyak RM35.5 juta daripada Duchy of Cornwall pada tahun kewangan 2022-2023. ‘Durian runtuh’ itu diperolehinya selepas mewarisi wilayah warisan bapanya, Raja Charles III yang diangkat sebagai Raja Britain selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II. Dengan peranan barunya sebagai Duke of Cornwall, Putera William kini berhak mendapat keuntungan Duchy setiap tahun. Untuk tahun 2022-2023, ia mencatat keuntungan bersih sebanyak RM142.3 juta.

Duchy adalah estet persendirian yang dimulakan oleh Raja Edward III pada tahun 1337. Ia bertujuan untuk memberi kebebasan kepada anak lelakinya dan diturunkan kepada pewarisnya. Tradisi ini diteruskan selama bertahun-tahun dan Putera Wales merupakan Duke ke-25 yang menerima dana itu untuk membiayai aktiviti amal, awam dan swasta.

putera william

Duchy of Cornwall. Foto: Getty Images

Tahun lalu estet persendirian itu memperoleh kira-kira RM134.9 juta, bermakna terdapat peningkatan hampir RM7.4 juta. Putera William sepatutnya menerima keseluruhan jumlah keuntungan daripada Duchy iaitu RM142.3 juta. Bagaimanapun dia mendapat sebahagian sahaja memandangkan dia mewarisi tanah pusaka itu pada pertengahan tahun.

See also
Impak Pengunduran Pasangan Sussex Terhadap Kate Middleton

Jumlah keuntungan itu dibahagikan antara Raja Charles dan Putera William. Raja Charles yang merupakan bekas Duke of Cornwall menerima RM67.3 juta manakala Putera Wales pula sebanyak RM75 juta. Bagaimanapun pasukan Duchy of Cornwall diminta untuk menympan sebahagian keuntungan berjumlah RM39.5 juta untuk perbelanjaan operasi. Maka disebabkan itu Putera William hanya memperoleh RM35.5 juta.