Scarlett Johansson Ucap Selamat Tinggal Kepada Black Widow Selepas 11 Tahun - Glam Malaysia
5 Pelakon Berbakat Besar Dalam Bidang Nyanyian

Scarlett Johansson Ucap Selamat Tinggal Kepada Black Widow Selepas 11 Tahun

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Selepas lebih setahun ditangguhkan akibat pendemik, filem Black Widow yang berkisar tentang perisik bernama Natasha Romanoff akhirnya bakal menemui peminat.

Kemunculan filem yang telah lama dinantikan ini juga merupakan bab terakhir buat watak Black Widow yang dilakonkan oleh Scarlett Johansson.

Karakter ini diperkenalkan pada 2010 menerusi filem Iron Man 2 sebelum dikembangkan dalam siri Avenger dan Captain America: The Winter Soldier, Captain America: Civil War, serta Captain Marvel. 

Sudah tentu, ada kemungkinan bintang ini akan kembali kerana tiada yang mustahil dalam dunia Marvel Universe. Namun ketika menjadi tetamu undangan dalam rancangan Good Morning America Monday untuk mempromosikan filem tersebut, Scarlett meluahkan isi hatinya untuk meninggalkan watak adi wira itu buat selamanya.

“Bagi saya ia pengalaman pahit-manis. Saya melalui satu dekad yang hebat bersama keluarga Marvel. Saya akan merindui perjumpaan kami setiap 18 bulan atau dua tahun seperti sebelum ini, ia sesuatu yang selalu saya nantikan,” ujarnya.

See also
Kim Kardashian Digelar Biadap Oleh Netizen
Scarlett Johansson on a decade of Black Widow, from Marvel's Iron Man 2 to  Avengers: End Game, what will she bring to her first solo superhero film? –  interview | South China Morning Post
Foto: Paramount Pictures/MCT