Sea Beyond - Glam Malaysia

Sea Beyond

Prada dan UNESCO telah menobatkan senarai pemenang buat program Pendidikan Sea Beyond yang dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran kepada pemeliharaan dan kelestarian lautan di kalangan pelajar sekolah.

Kelestarian alam menjadi keutaman buat rumah fesyen hari ini. Label fesyen ikonik Itali, Prada tidak ketinggalan bersama-sama Intergovernmental Oceanographic Commission UNESCO menganjurkan program pendidikan Sea Beyond. Program untuk komuniti kreatif pelajar sekolah menengah dari seluruh dunia ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran kepada pemeliharaan dan kelestarian lautan.

Foto: Prada

Tempat pertama telah dinobatkan kepada Agrupamento de Escolas de Vialonga dari Lisbon, Portugal. Sekolah itu telah menghasilkan kartun pendek berjudul “Redes circulares: Cerco ao plástico no mar” (“Circular nets: a sea of plastic”), yang menonjolkan keadaan pencemaran plastik yang semakin kronik. Selain memberi ancaman kepada system eko lautan, kartun ini juga menunjukkan cara untuk mengumpulkan sampah plastik untuk dikitar semula nanti.

“Redes circulares: Cerco ao plástico no mar” (“Circular nets: a sea of plastic”) oleh Agrupamento de Escolas de Vialonga dari Lisbon, Portugal.

Antara tiga kempen yang teratas, tempat kedua dimenangi oleh Shanghai High School International Division dari Shanghai. Sekolah dari China itu telah menghasilkan permainan  “Environopoly” yang dicipta untuk memberikan hiburan dan juga pendidikan mengenai persekitaran kepada pelajar. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Colegio Latino, Villahermosa, Tabasco dari Mexico yang menghasilkan kempen kesedaran berjuduk “Sea Beyond” yang didedikasikan kepada impak mikro-plastik kepada lautan.

“Environopoly” oleh Shanghai High School International Division dari Shanghai, China.
“Sea Beyond” oleh Colegio Latino, Villahermosa, Tabasco dari Mexico.

Sea Beyond adalah hasil kerjasama antara Prada dan UNESCO, dianjurkan untuk memberikan pendidikan kepada generasi baharu dalam mengangkat tanggungjawab dan kesedaran diri terhadap lautan dan sumbernya. Ia turut dapat mempromosikan penggunaan mampan yang selari dengan United Nations 2030 Agenda dan kesemua 17 Sustainable Development Goals (SDGs).

See also
“Apa Yang Kami Perlukan Adalah Doa Anda” - Mizz Nina & Noh Salleh

Ketiga-tiga kempen yang terpilih ini boleh disaksikan di platform media sosial, selain juga di laman rasmi Prada dan UNESCO.

Foto: Prada

Baca lebih lanjut: ENIGMA: Permainan Digital Salvatore Ferragamo