Zac Efron Terima Pengiktirafan Hollywood Walk of Fame - Glam Malaysia
Zac Efron Terima Pengiktirafan Hollywood Walk of Fame

Zac Efron Terima Pengiktirafan Hollywood Walk of Fame

Kebelakangan ini ramai selebriti dianugerahkan bintang Hollywood Walk of Fame. Selepas Macaulay Culkin, penerima terkini adalah Zac Efron.

Aktor High School Musical itu mencapai status ‘legenda’ atas hasil titik peluhnya dalam pelbagai filem dan rancangan televisyen. Pada majlis penganugerah, dengan penuh emosi Zac Efron mengakui amat terharu dengan pengiktirafan yang diberikan kepadanya.

“Tidak pernah sekali pun saya bermimpi akan berdiri di sini pada hari ini. Anda tidak tahu betapa bermaknanya ia buat saya. Saya lakukan semua ini demi anda. Setiap hari. Ini benar-benar penghormatan terbesar. Hari ini amat bermakna bagi saya dan berkongsinya dengan anda semua ibarat mimpi menjadi nyata.”

Zac Efron

Foto: ABC News

Pelakon berusia 36 tahun itu berkongsi momen istimewanya bersama keluarga serta rakan artis, Jeremy Allen White dan Miles Teller di atas pentas. Barisan pelakon High School Musical termasuk pengarah Kenny Ortega dan penerbit Bill Borden turut hadir memberi sokongan.

“Kalian berdua memainkan peranan penting dalam permulaan kerjaya saya dengan memberi peluang membintangi High School Musical. Untuk itu, saya selamanya bersyukur dan terhutang budi. Anda pasti tidak percaya, saya masih berfikir tentang muzikal itu setiap hari dan menyanyikan lagu ketika mandi. Go Wildcats,” selorohnya.

See also
Ashley Graham Bakal Menjadi Ibu. Congrats Ashley!

Zac Efron Beri Penghormatan Kepada Matthew Perry

Pemilik nama Zachary David Alexander Efron itu turut mengambil peluang memperingati insan penting yang tidak berkesempatan untuk hadir pada majlis itu, Matthew Perry. Bintang Friends yang dikenali menerusi watak Chandler itu meninggal dunia secara mengejut Oktober lalu.

Zac Efron

Foto: USA Today

Kedua-dua aktor ini berlakon bersama dalam filem 17 Again pada 2009 di mana Zac Efron menggalas watak sebagai Matthew Perry versi muda.

“Dia sangat pemurah dan melayan saya dengan baik ketika kami bekerja bersama dalam filem 17 Again. Berkolaborasi dengan Matthew Perry dan pengarah Burr Steers amat menyeronokkan dan memotivasi saya dalam pelbagai cara. Ia benar-benar mendorong saya ke bab seterusnya dalam kerjaya. Dan untuk itu, terima kasih Matthew Perry,” tambahnya.

 

Foto: AP

Baca: Michael B. Jordan Dianugerah Bintang Hollywood Walk Of Fame