LUSH Malaysia Anjur Program Penuh Makna Bersama Club Med Bintan - Glam Malaysia

LUSH Malaysia Anjur Program Penuh Makna Bersama Club Med Bintan

GLAM dijemput oleh LUSH Malaysia ke Club Med Bintan, Indonesia untuk pengalaman percutian paling bermakna.

Apabila GLAM menerima email jemputan daripada LUSH Malaysia untuk menyertai program melestarikan global bersama mereka, terus GLAM menjawab setuju. Memandangkan kami juga sedang asyik mengusahakan Projek Hijau, kami yakin ini adalah peluang terbaik untuk melaksanakan misi yang sama. 

Menariknya tentang lawatan ini adalah terletak kepada prinsip di mana mereka tidak menggunakan pengangkutan udara untuk mengurangkan pencemaran karbon, maka kami dibawa menaiki bas juga feri dari Kuala Lumpur ke Indonesia. Sebuah pengalaman baru namun menyeronokkan. 

Kami ke Club Med, Bintan yang terletak di Kepulauan Riau kerana untuk kali ini LUSH Malaysia memilih untuk berkolaborasi bersama mereka dalam menghasilkan program ‘Body & Soul’ yang memberi manfaat dalam melestarikan alam. Antara aktiviti highlight pada lawatan ini adalah Bubble Bar & Bath Bomb juga aktiviti pembersihan pantai. Barisan selebriti seperti Anna Jobling, Jasmine Suraya juga Ramona Zamzam turut menyertai lawatan ini.

See also
Gaya Hidup Hijau Amalan Kerabat Diraja Britain

LUSH Malaysia

 

Program yang berlangsung Bermula 7 hingga 25 Mei yang lalu dilihat mendapat sambutan hebat sewaktu beberapa hari kami di sana. Ini adalah program tahunan yang dianjurkan oleh Club Med Bintan dan mereka mengutamakan tiga nilai sebagai peneraju utama program ini iaitu, “Eat Well”, “Move Well” juga “Feel Well”.  Ia juga mengetengahkan aktiviti seperti kelas kecergasan, bengkel kesihatan juga program yang mengetengahkan perkembangan diri dan healing. 

GLAM sertai program anjuran LUSH Malaysia

Berkait rapat dengan nilai “Feel Well”, LUSH memilih untuk menurut serta dengan menyediakan bengkel Bubble Bar & Bath Bomb. Tetamu Club Med berpeluang merasai dan membuat sendiri bola sabun mandi ini menggunakan bahan organik. 

LUSH Malaysia

Pada keesokan harinya, kami bersama-sama warga LUSH Malaysia juga staf Club Med bersama-sama membersihkan pantai dan kami berjaya mengumpulkan seberat 124kg sampah yang terdiri daripada styrofoam, kerusi plastik, botol air, puntung rukuk dan pelbagai lagi. 

 

LUSH Malaysia

 

Kami teruja untuk bekerjasama bersama Club Med Bintan untuk percutian singkat dan eksklusif ini. Kolaborasi ini bertujuan untuk memperkasakan kekuatan penjagan diri, kelestarian alam dan pengalaman transformasi. Melalui bengkel dan inisiatif penuh makna ini, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada para tetamu untuk mengutamakan nilai gaya hidup baik,” kata Harvinder Harchand, Pengarah LUSH Malaysia.

See also
Anna Jobling Temui Cinta Baharu Bersama Koleksi Kérastase Symbiose

 

Pautan Berkaitan: Club Med Kiroro Peak Buat Sang Adventure Seekers