Lilith, Kolaborasi Ketiga Halsey & Suga BTS - Glam Malaysia
Lilith, Kolaborasi Ketiga Halsey & Suga BTS

Lilith, Kolaborasi Ketiga Halsey & Suga BTS

Kerjasama melibatkan penyanyi dari dua benua, Halsey dan Suga BTS tidak pernah gagal mengujakan peminat. Justeru tidak menghairankan jika mereka terus menghasilkan lebih banyak projek bersama.

The Game Awards baru-baru ini mendedahkan bahawa mereka akan bekerjasama menghasilkan versi baharu lagu nyanyian Halsey, Lilith. Ia bakal menjadi sebahagian daripada runut bunyi untuk permainan Blizzard akan datang, Diablo IV. Video muzik rasmi bakal dilancarkan pada 5 Jun 2023 namun teaser telah pun dikongsikan bersama peminat baru-baru ini. Klip berdurasi 20 saat itu menarik penonton ke dalam landskap gelap dan ngeri di mana Halsey muncul sebagai protagonis Blessed Mother Lilith.

“Banyak perkara yang diraikan hari ini. Antaranya hasil kerja pasukan luar biasa kami, lagu rasmi Diablo IV baru daripada Halsey, dan para pemain yang memasuki visi penuh Diablo IV buat kali pertama. Ini adalah kemuncak kerja keras selama bertahun-tahun. Kami sangat teruja untuk melihat pemain menyertai dan menjadi sebahagian daripada Sanctuary,” kata pengurus besar Diablo, Rod Fergusson.

See also
Momen Menarik Jungkook BTS dan Jennie BLACKPINK di Parti Calvin Klein

Halsey pernah mempersembahkan lagu Lilith di Game Awards 2022 yang berlangsung di Microsoft Theater di Los Angeles pada Disember lalu. Ia dikeluarkan buat kali pertama dalam album If I Can’t Have Love, I Want Power pada 2021. Lagu ini berkisar tentang tingkah laku Halsey yang merosakkan dan penyesalannya dalam kehidupan.

Kerjasama Halsey & Suga Pada Masa Lalu

Penyanyi berusia 28 tahun itu pernah beberapa kali menjalin kolaborasi dengan Suga sebelum ini. Dia pernah muncul dalam lagu popular kumpulan BTS berjudul Boy With Luv dan membuat persembahan bersama di Billboard Music Awards 2019. Kedua-duanya juga menghasilkan lagu berjudul Suga’s Interlude yang dimuatkan dalam album Halsey pada 2020, Manic.

halsey suga bts

Foto: Instagram

Selain menjalin kerjasama dalam projek, Halsey dan Suga juga mempunyai ikatan persahabatan yang erat. Ini terbukti apabila pelantun Eastside itu memberi sokongan padu ketika Suga melancarkan album solo pertamanya, D-Day pada bulan April. Dia memuat naik lagu Haegeum di Instagram Story miliknya dan menulis, “Lessss goooooo @agustd ALBUM IS OUT!!!” Dia juga menggelar Suga sebagai ‘kembarnya’ sewaktu menitip ucapan selamat hari jadi kepada penyanyi itu tahun lalu.

See also
Pharrell Williams Kolaborasi Dengan BTS

 

Foto: Music Mundial

Baca: Kolaborasi Ikonik Beyonce & Madonna