Tips Dekorasi Dari Rizalman Ibrahim

Tips Dekorasi Dari Rizalman Ibrahim

Rizalman Ibrahim

 
JENIS MINIMALIS KEMASAN LANTAI
Ini adalah langkah pertama dan paling penting perlu diambil kira kala menghias kediaman. Cadangan saya, pilih kemasan jenis kayu, jubin atau marmar bermotif semulajadi; rona hitam, kelabu atau coklat gelap. Bagi ruang terhad, hamparkan permaidani bagi mewujudkan ilustri ruang.
 
PALET WARNA
Jangan sesekali menggunakan warna pekat menyengat di kediaman. Prinsip saya ialah mengenakan warna paling gelap seperti kelabu, krim, biru firus, hijau dan kuning di ruang paling kecil, lalu memadankannya bersama aksesori sarat kaca dan kristal bagi menghidupkan sesebuah ruang. Manakala, palet lebih cerah untuk keluasan ruang lebih besar (konsep zen). Pilihan warna cat adalah cara paling mudah untuk mengubah wajah kediaman.
 
UKURAN TEPAT LANGSIR
Langsir seharusnya digantung stinggi paras siling agar ilusi ruang tampil lebih luas. Pastikan tiada ruang kosong terbentuk antara railing and syiling.
 
KEMASAN LEMBUT
Hadirkan kertas dinding sekurang-kurangnya di kamar beradu utama dan kamar beradu tetamu. Ini berkuasa mengalirkan aura malar segar di segenap ruang.
 
SUAI PADAN
Zaman perabot jati berpadanan dinding putih polos sudah lama berlalu. Perabot tidak seharusnya membawa reka bentuk dan perwatakan serupa. Suai padan setiap item pilihan pada satu-satu ruang. Pastikan setiap balutan fabrik pada perabot tidak sama. Jika sofa sudah dibaluti bahan kulit padankan bersama bangku atau baldu dalam skim rona sama mahupun berbeza.
 
 

See also
GLAM Deko Diari - Karya Kanta Mata di Hermes Liat Towers