10 Filem Mesti Tonton Pada Musim Perayaan Ini - Glam Malaysia
10 Filem Mesti Tonton Pada Musim Perayaan Ini

10 Filem Mesti Tonton Pada Musim Perayaan Ini

Sebaik sahaja tiba musim perayaan seperti Hari Krismas dan sambutan Tahun Baru, layar perak kebiasaannya dibanjiri dengan barisan filem hebat dan mencuri perhatian.  

Cuti perayaan sebegini adalah waktu terbaik untuk meluangkan masa bersama yang tersayang dengan menonton filem baharu di pawagam. Dari genre aksi, romantis ke seram, pasti ada satu yang menepati cita rasa anda.

Ayuh tonton filem menarik ini bersama pasangan, rakan, mahupun keluarga tersayang

1. Sayu Yang Syukur

Dibintangi oleh: Aaron Aziz, Nora Danish, Arja Lee, Fairi Khalil, Ahmad Tarmimi Siregar

Liana terlibat dalam satu kemalangan semasa pulang ke kampung dan ditemui oleh Qudaim serta Adam. Dalam keadaan mamai, dia dibawa ke sebuah resort dan keperawanannya dirampas tanpa rela. Sementara itu Jefri, rakan sepejabat yang menyimpan perasaan terhadap Liana terus menunjukkan kesabaran dan kasih sayang terhadapnya.

2. The Lord Musang King

Dibintangi oleh: Yusuf Bahrin, Fimie Don, Jay Iswazir, Harissa Adlynn Halim, Kwak Dong Hyuk, Kim Bo Yeon

Filem kolaborasi Malaysia-Korea Selatan yang pertama. Berkisar tentang Haikal, anak pekebun durian yang diperdaya dan dipenjarakan. Demi menyelamatkan Haikal, bapanya Samad membuat perjanjian dengan seorang ahli perniagaan Korea Selatan. Malangnya Samad dibunuh sebelum berjaya membebaskan anaknya. Selepas menyedari kejadian sebenar, Haikal tampil menuntut bela atas kematian bapanya.

See also
Simbolik meraikan Cinta bersama Seleksi Palet Sayuran Gubahan Istimewa

3. Migration

Dibintangi oleh: Awkwafina, Elizabeth Banks, Kumail Nanjiani, Danny DeVito, Keegan-Michael Key

Sekeluarga itik membuat keputusan meninggalkan New England untuk menjalani kehidupan mencabar di Jamaica. Malangnya rancangan itu terbantut setelah mereka sesat dan terkandas di New York. Tanpa disangka takdir itu memberi inspirasi kepada mereka untuk meluaskan pemandangan, mencari rakan baru dan meraih pencapaian tidak dijangka.

4. Dunki

Dibintangi oleh: Shah Rukh Khan, Vicky Kaushal, Taapsee Pannu, Boman Irani, Satish Shah

Empat sahabat baik dari sebuah perkampungan di Punjab berkongsi impian sama untuk berhijrah ke England. Malangnya mereka tidak mempunyai visa mahupun tiket. Bagaimanapun seorang askar berjanji untuk membantu mereke mencapai impian.

5. Anak Perjanjian Syaitan 2

filem musim perayaan

Dibintangi oleh: Alif Satar, Eyka Farhana, Fasha Sandha, Azizah Mahzan, Azlan Komeng

Mengisahkan tentang Azlinda yang berjuang menentang pertarungan mistik. Ibu bapanya tidak sanggup membesarkan Azlinda lalu tekad menyerahkannya ke pusat kebajikan. Walaupun didiagnosis menghidap gangguan keresahan, dia yakin gangguan yang menghantuinya sejak kecil berkait rapat dengan sejarah hitam orang tuanya.

See also
10 Filem Hebat Mesti Tonton Pada Awal 2024 

6. Syaitan Munafik

filem musim perayaan

Dibintangi oleh: Bandi Amuk, Reedzwan, Erin CTJ, Ashraf Sinclair, Faizal Hussein

Sekumpulan pelajar membuat kajian mengenai kewujudan puteri bunian dan alam ghaib. Mereka menempuhi pelbagai halangan dari awal perjalanan hingga tiba di kaki sebuah gunung. Tanpa menghiraukan kejadian aneh, kenderaan yang mereka naiki meluncur ke satu tempat yang kelihatan seperti alam ghaib.

7. Aquaman And The Lost Kingdom

filem musim perayaan

Dibintangi oleh: Jason Momoa, Ben Affleck, Patrick Wilson, Nicole Kidman, Amber Heard

Selepas gagal mengalahkan Aquaman buat kali pertama, Black Manta menggunakan kuasa mitos Black Trident untuk melepaskan kejahatan purba. Disebabkan itu Aquaman perlu menjalin pakatan agak sukar dengan abangnya, Orm, bekas raja Atlantis. Mengetepikan perbezaan, mereka bergabung tenaga untuk melindungi dunia daripada kemusnahan.

8. Wonka

filem musim perayaan

Dibintangi oleh: Timothée Chalamet, Hugh Grant, Rowan Atkinson, Olivia Colman, Keegan-Michael Key

Karya fantasi muzikal ini menampilkan kisah sebelum filem pertama, Willy Wonka and the Chocolate Factory yang dikeluarkan pada 1971. Willy Wonka yang ketika itu masih muda tiba di bandar fiksyen Eropah yang merupakan pusat pembuatan coklat. Filem ini mengikuti perjalanan perit dan indah Willy Wonka mencari biji koko, berkawan dengan seorang gadis yatim piatu dan memasang impian memiliki kedai coklat sendiri.

See also
Beyonce Pecah Rekod Anugerah Grammy

9. Thanksgiving

filem musim perayaan

Dibintangi oleh: Patrick Dempsey, Addison Rae, Milo Manheim, Jalen Thomas Brooks, Nell Verlaque

Selepas rusuhan Black Friday berakhir dengan tragedi, pembunuh misteri yang diinspirasikan oleh Thanksgiving mengganas di Plymouth, Massachusetts. Pembunuhan yang pada awalnya dilihat bermotifkan balas dendam rupanya sebahagian daripada rancangan jahat yang lebih besar.

10. Napoleon

Dibintangi oleh: Joaquin Phoenix, Vanessa Kirby, Tahar Rahim, Edouard Philipponnat, Matthew Needham

Filem ini memaparkan pandangan peribadi tentang asal usul Napoleon Bonaparte serta pendakiannya yang pantas dan kejam untuk menjadi maharaja. Ia dilihat melalui prisma ketagihannya dan hubungan tidak menentu dengan isteri dan satu-satu cinta sejatinya, Josephine.

Baca: 10 Filem Asal Netflix Terbaik Sepanjang 2023