Oh là là! Cuba Sajian Klasik Perancis, Sole Meunière Bersama Ili Sulaiman - Glam Malaysia

Oh là là! Cuba Sajian Klasik Perancis, Sole Meunière Bersama Ili Sulaiman

Terbang secara maya ke kota Paris bersama cef selebriti, Ili Sulaiman dan Marks & Spencer dalam mencuba resipi sajian klasik Perancis, Sole Meunière terus dari rumah.

Tiada yang lebih indah daripada berada di kota Paris, Perancis ketika musim panas. Walaupun tidak boleh merentas sempadan lagi, anda masih boleh lagi terbang secara maya ke kota Paris bersama cef selebriti, Ili Sulaiman dan Marks & Spencer dalam mencuba sendiri sajian klasik Perancis, Sole Meunière terus dari rumah.

Dalam menginspirasikan pengalaman gastronomi yang berbeza di rumah, Ili Sulaiman menampilkan resipi sajian Perancis yang mudah dan cepat untuk disediakan iaitu Sole Meunière bersama kentang kecil (new potato) dan kacang pis dengan sos mentega lemon dengan menggunakan rangkaian produk M&S Summer.  

Sole Meunière adalah hidangan klasik Perancis yang Sole-nya menggunakan sedikit tepung, dimasak dalam minyak zaitun dan dihidangkan bersama mentega pasli dengan kentang kecil dan petit pois. Sajian autentik Perancis yang mudah ini sudah menjadi kegemaran ramai ratusan tahun, dan dikatakan antara hidangan yang paling disukai oleh King Louis XIV. Meunière bermaksud ‘miller’s wife’ yang merujuk kepada ikan yang disaluti tepung sebelum masak.

Sole Meunière Bersama Kentang Kecil Dan Kacang Pis Dalam Sos Mentega Lemon.

Masa penyediaan: 5 Minit

Masa memasak: 20 minit

Hidangan: 6 orang

Bahan-Bahan

2 M&S Frozen Lightly Dusted Dover Sole

Sos Lemon Butter

4 – 5 sudu besar M&S Extra Virgin Olive Oil

1 sudu kecil garam

½ sudu kecil ladan hitam M&S

60g mentega

1 biji bawang merah (dipotong halus)

1 ulas bawang putih (dipotong halus)

2 sudu besar M&S frozen Chopped Parsley

Sayuran

1 cawan M&S frozen British Petit Pois

200g kentang kecil (new potato)

2 sudu besar garam

Air untuk rebus kentang

Hiasan

Salad garden segar

M&S Honey Dijon Mustard Dressing

Lemon (dipotong baji)

Cara Penyediaan

Langkah 1: Masak Sole

1. Panaskan ketuhar dengan suhu 180 Celsius.

2. Letakkan sole dalam bekas kalis haba selama 20 – 22 minit.

Langkah 2: Rebus Kentang

1. Dalam periuk besar, masukkan air sehingga meliputi kentang, kemudian tambah 2 sudu besar garam dan biarkan sehingga mendidih.

2. Masak sehingga 10 – 15 minit sehingga kentang menjadi lembut dan mudah untuk dicucuk menggunakan garpu.

3. Keluarkan kentang dan biarkan set.

4. Menggunakan air sama, tambah kacang pis dan masak selama 1 minit sehingga menjadi warna terang, tapis dan biarkan set.

Langkah 3: Sediakan Sos

1. Tambahkan minyak zaitun dalam kuali, setengah mentega dan saute potongan bawang merah sehingga lembut selama 1 minit pada suhu sederahana, sebelum menambah bawang putih dan masak selama 1 minit.

2. Kemudian tambah pasli dan perasakan dengan garam, lada hitam dan sebelum memasukkan mentega yang lain dan masak sos sehingga pekat.

3. Perah jus daripada setengah lemon untuk sentuhan kesegaran dan kacau sehingga semuanya sebati.

3. Masukkan kentang rebus yang sudah ditapis ke dalam sos mentega lemon.

Langkah 4: Sajian

1. Apabila ikan sudah masak, letakkan di atas pinggan, bersama kentang, kacang pis dan tuangkan sos mentega lemon di atas. Terus dihidangkan.

2. Hidangkan sos mentega lemon yang lebih di atas kacang pis dan potongan lemon sebagai hiasan.

3. Sebagai pilihan, hiding bersama salad garden bersama M&S Honey Dijon Mustard Dressing sebagai hidangan sampingan.

Tip daripada Ili Sulaiman: Sangat penting untuk meletakkan garam ke dalam air ketika merebus kentang.

Pilihan: Anda boleh menggantikan Sole dengan M&S frozen cod untuk citarasa yang lebih padat.

Rangkaian Marks & Spencer Summer Food boleh didapati di M&S Foodhall di seluruh negara dan secara atas talian melalui Grab, Foodpanda dan Happy Fresh. Pilihan Personal Shopper Service dapat memberikan pengalaman beli-belah lebih personal, dan jimat 20% apabila anda membeli dua atau lebih rangkaian M&S Summer terpilih.

Bon appétit!

Foto: Marks & Spencer

Baca lebih lanjut: Galaksi Warna BVLGARI COLORS Di Korea Selatan

POST A COMMENT