Sejenak Bersama YM Tunku Elana Khyra - Glam Malaysia

Sejenak Bersama YM Tunku Elana Khyra

Menghormati Tim Ferriss sebagai hero dan menggemari Brandon Sanderson sebagai penulis kegemaran, YM Tunku Elana Khyra meluang masa menjawab beberapa soalan eksklusif GLAM bulan ini. Baca temubual GLAM bersama wanita berdedikasi ini selanjutnya di sini.

Apakah perkembangan terbaru anda?

Saya baru berpindah ke apartmen bersama teman lelaki pada bulan Mac tahun ini dan saya sukakan aktiviti berkebun, membaca dan belajar tentang prestasi dan kehidupan manusia ketika pandemik. Setahun setengah sudah berlalu, ia adalah waktu yang sukar (pandemik) tetapi ia banyak mengajar tentang diri, kehidupan, perkara yang penting dan hubungan cinta. Saya bertuah kerana dapat meluangkan banyak masa berkualiti dengan adik beradik saya yang pulang dari United Kingdom dan hubungan kami semakin akrab. Walaupun perwatakan dan sifat personaliti saya konsisten sepanjang tahun, saya juga belajar tentang pandangan dan perspektif baharu yang saya peroleh daripada orang yang saya kagumi dan ia telah mengubah saya secara drastik menjadi diri saya hari ini.

Apakah update terkini kerjaya anda?

Saya merupakan Ketua Pegawai Pemasaran di MAA Group Berhad dan terkini, saya membangun dan mengetuai pasukan penjenamaan dan pemasaran untuk membantu berjenama dan dalam masa yang sama membantu berpuluh-puluh jenama dalam kumpulan memberikan nilai yang sangat besar untuk semua pelanggan kami.

Projek terbaharu yang amat membanggakan ialah produksi video yang kami sediakan untuk hospitaliti berjenama di langkawi. Kami merakam kandungan hiburan untuk media sosial dan mengiklankan Syarikat Pelayaran Mewah Manta Blu Cruises, Kelab Kapal Layar Diraja Langkawi, produk makanan dan pilihan kedai berjenama seperti Fisherman’s Wharf dan Damai Indah Luxury Cruises. Dalam masa yang sama, saya juga membantu mengaturkan elemen kejutan kepada rakan rapat saya sebagai sebahagian daripada penggambaran filem video.

Saya sukakan cabaran yang berlainan setiap hari, ia memerlukan pemikiran yang kreatif, perancangan, analisis strategik dan penyelesaian masalah untuk syarikat industri. Saya banyak belajar perkara baru di tempat kerja.

I get to work with brands in education, MAA Medicare. Ia merupakan badan amal perubatan yang menyediakan penjagaan jantung dan dialisis buah pinggang dengan harga yang berpatutan, khas buat rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik dan tidak mendapat perkhidmatan perubatan yang sepatutnya. Selain itu, saya bekerja dengan jenama dalam bidang hospitaliti, ia merupakan vila mewah yang dimiliki kami di Bali dan California, syarikat pelayaran mewah di langkawi iaitu Manta Blu dan Damai Indah Luxury Cruise dan pembangunan runcit di Langkawi bersebelahan dengan Marina Langkawi.

Selain itu, saya merupakan sukarelawan dan ahli lembaga kerajaan, Yayasan Amal Budimas, ia sebuah badan amal yang menyokong kanak-kanak kurang bernasib baik di malaysia. Badan amal ini adalah untuk memastikan mereka mendapat makanan yang berkhasiat, pendidikan dan tempat tinggal yang selamat dan selesa.

See also
Kelainan Yang Ingin Ditampilkan Amyra Rosli Sebagai Pengacara Baharu Nona

Yang anda gemar tentang kerjaya…

Saya sukakan kerja yang mencabar saya untuk berkomunikasi dan berfikir secara mendalam tentang kehendak dan keperluan pelanggan. Saya sukakan kerjasama dalam syarikat yang saya bekerja sekarang ini kerana ia mengajar saya untuk memberikan jalan penyelesaian kepada pelanggan kami.

Membantu mereka yang berpendapatan rendah, mereka yang punya masalah buah pinggang dan jantung yang kronik dengan memberikan akses penjagaan kesihatan yang lebih baik dan mampu dimiliki dan membantu keluarga dan rakan-rakan untuk meluangkan masa yang berkualiti dan mencipta memori bersama dengan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh kami. Saya sangat sukakan kerja saya kerana saya dapat membantu ramai orang dan berkhidmat kepada negara malaysia.

Nyatakan rutin penjagaan wajah anda?

Saya sering menukar produk penjagaan wajah.Saya perhatikan keperluan kulit wajah namun masih mengekalkan langkah penjagaan wajah asas yang sama yakni bermula dengan pencuci muka, serum, pelembap, pelindung matahari, krim mata dan topeng muka.

Saya menggunakan Clean-It Zero Balm/Makeup Remover untuk membersihkan wajah dari solekan dan kekotoran. Saya gunakan serum wajah jenama La Mer Face Oil – ia sangat melembabkan kulit! Seterusnya penjagaan pelembab kulit yang membantu penuaan, Drunk Elephant. Dan akhir sekali saya menggunakan pelindung muka jenama Eurcerin SPF50 untuk melindungi kulit daripada matahari dan faktor persekitaran. Mingguan, saya menggunakan skin exfoliate yang mengandungi bahan BHAs dan AHA, termasuk clay masks dan pupur wajah daripada korea.

What makes you feel dressed-up when it comes to beauty?

Saya suka memakai helaian pakaian yang cerah dan berwana warni dan dipadankan dengan aksesori anting-anting atau rantai. Saya sukakan pemakaian yang berani, yakin dan gaya rambut yang sesuai dengan stail saya pada hari itu.

Apa/Bila anda berasa paling selesa dan yakin?

Ketika saya memakai pakaian kerja. Gaya kerja saya lebih kepada stail klasik dan gabungan gaya feminin dan maskulin. Saya suka menggayakan pakaian yang berlainan tekstur, bentuk, warna untuk menciptakan kelainan dan look yang unik tidak kira sama ada saya di acara atau di pejabat.

Kerjaya saya sukar diramal kerana agenda sering bertukar-tukar. Saya seorang yang on the go, saya sering keluar untuk makan di acara dan selepas itu saya ke tempat kerja, jadi saya tidak takut untuk memadankan gaya korporat dengan gaya kasual, ia sesuatu yang menyeronokkan untuk dipadankan dan personaliti saya membantu saya tampil lebih yakin. You can find me dressed in a unique shaped or colourful top paired with a pair of power pants and sleek flats. 

Senaraikan 5 helai pakaian dalam almari yang akan anda padankan berulang kali?

Kasut tumit tinggu jenama Christian Louboutin, ia salah satu kasut kegemaran saya dan saya berasa yakin menggayakannya di malam hari kerana ia buatkan saya berasa seksi. Pemilihan gaya anting-anting, rantai dan gelang dipadankan dengan baju. Setiap kali saya melancong ke negara baharu, saya akan membeli barangan kemas dan menyimpannya dalam koleksi barang kemas dirumah, dengan itu ia akan mengingatkan saya tentang tempat melancong. I’m a big fan of high-waisted shorts or pants as I love that they accentuate my waist line so any of my high waisted items.

Saya suka gabungan warna estetik biru diraja dan putih. (just have a look at my instagram feed haha) Saya cenderung untuk memakai warna ini berulang kali kerana ia merupakan warna kegemaran saya. Saya menggambarkan diri saya dengan gaun siluet potongan seksi, hiasan renda, eyelet dan menyerlahkan sisi feminin, warna ceria dan estetik dalam diri saya.

See also
7 Tanda Dalam Diam Si Dia Menyimpan Perasaan Terhadapmu!

Apakah pencapaian terbesar dan paling membanggakan anda?

Hubungan dan kualiti masa yang saya ada dengan orang yang saya sayangi. Saya sangat bertuah kerana dikelilingi rakan-rakan yang bersemangat, berani dan penyayang. Mereka mendorong saya untuk menjadi diri saya, menjadi yang terbaik dan melakukan sesuatu yang baik, ia membawa makna yang begitu hebat dan membentuk diri saya yang sekarang. Rakan rapat dan ibu saya telah banyak membantu saya mengharungi kemurungan dan kebimbangan. Sokongan mereka mengingatkan saya mengapa saya layak untuk dicintai. Mereka memberi contoh yang terbaik, ia mengingatkan saya untuk memberi dan mengasihi, punya perasaan belas kasihan terhadap orang lain dan juga diri saya sendiri.

Teman saya mengingatkan saya untuk sentiasa ketawa dan berasa gembira, saya boleh menjadi 100% diri saya kala bersama mereka. Kami saling mendorong dan menggalakkan satu sama lain dan meraikan satu sama lain. Kami selalu mengembara dan mencipta kenangan bersama dan saya sangat bersyukur kerana mereka senrtiasa ada bersama saya.

Sebahagian besar perwatakan saya datang daripada hubungan yang mendalam dan saya bertuah kerana hubungan itu mendorong saya untuk menghadapi cabaran dan melakukan yang terbaik dalam setiap perkara. Saya bertuah kerana disayangi tanpa batas dan syarat.

Apakah perkara yang memotivasikan untuk berkerja keras?

Keazaman saya untuk meningkatkan nilai komuniti dalam kehidupan kerja dan kehidupan peribadi saya. Dengan bekerja untuk diri saya sendiri, saya ingin mengembangkan pengetahuan, kemahiran dan pemahaman saya tentang dunia, kondisi manusia dan menyumbang sesuatu kepada mereka yang saya sayangi.

Siapakah hero bagi anda dan kenapa?

Saya sangat meminati Tim Ferris. Saya menghargai dan menghormatinya kerana dia sering memberi nasihat dan membantu orang ramai untuk membaiki kehidupan mereka dengan cara yang mudah difahami dan boleh diakses melalui pelbagai medium sama ada buku, podcast, petua mingguan dan lain-lain. Saya suka dengan caranya mengendalikan podcast, bercerita tentang cara mengendalikan kerja, cita-cita, kesihatan, perhubungan dan cara bagaimana ia boleh menambah baik kehidupan anda.

See also
Uyaina Arshad & Raja Syahiran Selamat Disatukan Walau Berdepan Cabaran

Tim Ferris, seorang yang menjadi diri sendiri dan setiap yang dikatakan tentang perjuangannya dalam menhadapi masalah kemurungan, kerja dan hubungan sangat berterus terang dan membantu. Dia seorang yang berjaya dengan apa yang dilakukan, sesuatu yang diminati, gemar melakukan kerja yang memberi kesan kepada kehidupan orang lain dan saya menjadikan beliau sebagai idol dalam kehidupan saya.

Saya ingin meluangkan masa yang banyak dan tenaga dalam projek dan inisiatif dalam komuniti seperti memajukan pendidikan untuk golongan muda diseluruh negara, memperkasakan hak wanita, membantu mereka yang punyai masalah mental dan meringakan beban mereka. Walaupun saya tidak pasti dengan langkah yang saya ambil, saya tahu ini akan membentuk jati diri saya dan ia menjadi sebahagian panduan dalam membuat keputusan di masa hadapan.

Siapakah penulis kegemaran anda?

Semestinya Brandon Sanderson! Saya tertarik dengan buku bukan fiksyen mengenai bisnes, pemasaran, psikologi dan autobiografi. Semasa pandemik, saya membaca buku fiksyen epik Sanderson, terutama sekali Mistborn dan Waz And Wayne Trilogi. Saya suka mendengarnya dalam media buku audio sambil melukis, berkebun dan ketika sedang berehat.

Saya gemar kesemua karyanya. Elemen tentang sihir, cinta, aksi, perjuagan, agama, politik dan bangsawan yang membuatkan saya berada dalam dunia lain kerana saya seorang yang membaca buku dengan serius. Karyanya mempunyai mesej masyarakat, tentang kehidupan dan watak dalam dunia. Ada masa ketika membaca, saya akan berasa terkejut, takut, menangis dan ketawa. Ia sentiasa bermain dengan minda emosi dan ia amat mengangumkan.

Sekiranya anda dapat mengubah satu perkara, apakah ia?

Saya ingin mengubah pemikiran manusia di seluruh dunia untuk lebih memahami dan menghargai, mengawal emosi mereka. Apa sahaja yang kita lakukan, ia datang daripada perasaan dan emosi. Jadi, jika anda dapat mengawal emosi dan memahaminya, anda akan lebih bijak untuk mengambil tindakan dan berusaha untuk membaikinya.

Saya percaya ini akan membantu mereka yang mempunyai masalah mental, mereka yang berasa ketidakpuasan hati dalam kehidupan mereka. Pemikiran ini, memahami, menghargai dan mengawal emosi mereka membantu meringankan penderitaan mereka dan membantu mereka untuk menjadi masyarakat yang lebih baik seperti yang dialami saya sendiri. Memandangkan saya belajar dan sedang mempraktiskan perkara ini, secara tidak langsung ia membantu saya untuk melihat dan mengawal emosi, pemikiran dan menjadi seorang yang lebih baik. Saya percaya ia boleh membantu ramai orang meningkatkan kehidupan dan menenangkan mereka.

Pautan berkaitan: Sejenak Bersama Tengku Chanela Jamidah